Mana tempat nak hantar anak tadika

by - Disember 26, 2019


Ibu bapa tak kira muda atau tua yang ada anak kecil, aku mohon kau tengok yang ini ya.

Yuran tadika-tadika di Malaysia 2019 (asas)*

Untuk 2020, ada yang naik lagi.
Tiada yang turun.

1. Tadika Brainy Bunch

Tahunan: RM1700.00
Bulanan: RM345.00

2. Tadika The little Caliphs

Tahunan: RM1590.00
Bulanan: RM300.00

3. Tadika Smart Reader

Tahunan: RM1300.00
Bulanan: RM300.00

4. Tadika Q-Dees

Tahunan: RM1500.00
Bulanan: RM370.00

5. Tadika ABS

Tahunan: RM1180.00
Bulanan: RM260.00

6. Tadika Genius Aulad

Tahunan: RM1550.00
Bulanan: RM320.00

7. Tadika R.E.A.L Kids

Tahunan: RM2000.00
Bulanan: RM450.00

8. Tadika C.I.C

Tahunan: RM1200.00
Bulanan: RM300.00

9. Tadika Islam MAIWP

Tahunan: RM350.00
Bulanan: RM50

10. Tadika PASTI

Tahunan: RM284.00
Bulanan: RM90.00

11. Tadika KEMAS & PERPADUAN

Tahunan: RM30.00
Bulanan: RM10.00

12. Pra sokolah

Tahunan: free
Bulanan: free

Nombor 12 ini aku nak cakap pasal Prasekolah KPM. Baca baik-baik ya.

Aku naik hairan apabila ada ibu bapa yang anaknya berjaya masuk ke Prasekolah KPM tetapi masih merungut.

Kau tengok balik aku list satu persatu yuran tadika-tadika di atas.

Sepatutnya perkara pertama yang kau patut buat apabila anak diterima masuk ke prasekolah KPM adalah sujud syukur!

Maaf jika kenyataan ini agak berlebihan. Tetapi bagi yang faham nilainya, akan jadi manusia yang sangat bersyukur.

Sudahlah tempatnya terhad, berebut-rebut pula yang mahu mendaftar.
.

Pada asal penubuhannya, Pra KPM memang disediakan khas untuk murid-murid dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.

Ia adalah bertujuan menyediakan akses yang tidak kurang hebatnya seperti tadika swasta bagi anak-anak yang tidak berpeluang ke sana.

Tetapi seiring dengan kemajuan negara dan peluasan fasiliti Prasekolah KPM ke seluruh negara, maka terjadi situasi yang mana di sesetengah tempat, terdapat kekosongan di prasekolah KPM.

Maka peluang terbuka untuk ibu bapa dalam kalangan mampu termasuk golongan profesional doktor, peguam, akauntan hatta guru sekalipun untuk menempatkan anak di prasekolah.

Semakin hari, purata ibu bapa kurang berkemampuan semakin mengecil, menjadikan kebanyakan yang berada di prasekolah KPM kini adalah anak-anak dari golongan sederhana.

Yada, yada.
.

Ok, apabila ini berlaku, ha, yang inilah yang aku nak bangkitkan ni.

Pengalaman aku mengendalikan Prasekolah KPM, belum pernah aku jumpa ibu bapa dari kalangan orang yang susah yang 'bising-bising' buat kecoh diluar.

Mereka tak kaya, tapi cukup jaga hubungan dengan guru anak-anak mereka.

Penempatan pertama aku dahulu di sekolah yang ramai orang asli. Setiap kali menerima bantuan, terus saja mereka singgah ke kelas prasekolah dan menghulurkan sumbangan bulanan.

Ya, kebanyakan prasekolah ada mengutip sumbangan bulanan atau pun sekali secara tahunan. Ia berlaku atas persetujuan majoriti ibu bapa. Sama seperti PIBG.

Dan bila sama macam PIBG, hukumnya juga tentu sama. Sunat sahaja, bukan wajib.

Bahkan ada sekolah yang terpaksa 'berperang' dengan KPM dan JPN yang tidak membenarkan dikutip sesen pun dari ibu bapa kerana ada ibu bapa komplen.

Walhal, dalam kalangan ibu bapa sendiri jugalah yang memberikan cadangan dan bersetuju menyumbang.
.

Hakikatnya, wang itulah yang banyak menggerakkan segala macam aktiviti anak-anak sepanjang tahun.

Makna kata, setiap sen itu gunanya untuk semua murid. Bapa kau bayar ke tak bayar ke, anak itu mencicip hasil yang sama dari sumbangan ibu bapa lain.

Tak terasa apa-apa?
.

Biasanya kutipan amat minima. Sekitar RM10 sebulan dan jumlahnya dalam RM100 ke RM150 setahun.

Ya, setahun tuan-tuan dan puan-puan. Bayaran setahun ini tak mampu nak cover bayaran sebulan pun jika anak-anak terpaksa ke tadika swasta yang aku listkan kat atas.

Aku bubuh list itu bukan saja-saja. Tapi nak biarkan kita ini buka mata. Dan hadirkan rasa syukur dan insaf sama.
.

Segelintir ibu bapa dalam kalangan profesional dan berada ini jugalah yang selalu menjadi masalahnya.

Maaf cakaplah.
Bukan tuduh saja-saja.
Ini pengalaman bertahun lamanya.

Dannnn..aku boleh faham lagi kalau anak orang lain, tetapi kalau cikgu yang

 ada anak di prasekolah pun bising, ini yang paling aku tak faham.

Kau cikgu, kau tahu betapa peritnya kita nak 'run' sekolah dengan peruntukan yang ada, kau faham benar karenah yang kita perlu lalui, tiba-tiba kau pula yang bising?

Kau dah kenapa?

Segelintir Ibu bapa yang acah-acah golongan profesional ini pula biasanya akan menuntut macam-macam.

Lihat silibus Brainy Bunch, mahu anak jadi seperti itu. Lihat hasil Little Caliphs, gesa cikgu buat begitu. Lihat produk Genius Aulad, minta cikgu buat juga seperti itu.

Lihat orang buat lawatan, kau mahu.
Lihat orang sambut hari lahir anak gah-gah, kau mahu. Lihat aktiviti tadika swasta pelbagai, kau mahu.

Minta, minta, minta.

Tapi sumbangan?
Nehi! Siap berkira lagi.

Bertungkus lumuslah cikgu-cikgi prasekolah cari dana sana sini untuk tampung kehendak besar ibu bapa.
.

Umum tahu, barangan pembelajaran kanak-kanak bukanlah murah. Semua yang ada anak kecil, tahulah harga mainan dan barangan bagaimana. Tetapi sedaya upaya cikgu beli juga.

Mana tak nya. Ibu bapa mahu anak kuasai psikomotor halus, kasar, mampu masak, mampu berkebun, mahu jadi genius, mahu jadi doktor.

Mampu hafaz al-Quran, mampu menyanyi, mampu menari, tapi dalam masa yang sama, membaca menulis mengira pun mahu excellent juga.

Harap, harap, harap.

Macam seolah-olah letak anak di kilang dan harap keluar produk 'brilliant'. Tetapi pada masa yang sama, abaikan anak-anak di rumah dan tak sambung pendidikan yang guru bagi di sekolah.

Sibuk, sibuk, sibuk.
.

Ini part akhir.

Jangan berhenti baca lagi.
Minum air sekejap tak apa.
.

Betul, Prasekolah KPM ada peruntukan.

Ha, part ni lah yang ramai berbunyi. Katanya, sekolah kerajaan. Kerajaanlah bagi duit.

Amboi, anak siapa lah yang hijau sangat ini.

Ini bukan rahsia, kalau kalian google pun boleh jumpa. Peruntukan KPM ada 3 untuk Pra.

1. Belajar.
2. Makan 2x sehari.
3. Sukan.

1. Peruntukan belajar atau disebut PCG tu, RM100 setahun bersamaan lebih kurang RM9 sebulan atau 50 sen sehari.

2. Makan sarapan dan rehat, RM2 sehari. Lebih kurang sarapan 5 kupang, makan pagi RM1.50.

3. Peruntukan sukan RM25 setahun. Lebih kurang RM2 sebulan.

Ok, meh sini ibu bapa yang bising tadi.

Aku nak tanya secara jujur. Kau rasa cukup tak nak buat macam-macam aktiviti yang kau impikan dengan peruntukan sebanyak ini?

Kau bela anak hari-hari, kau tahu belanjanya banyak mana kan? Sekali kau masuk kedai RM2.10, berapa kau habis?

Yang aku sebut itu peruntukan setahun tau.
Bukan sekali pakai. Jadi, boleh tak kau berhenti mengomel dan jadi rasional.

Maaf kalau aku kasar. Sebab ini bidang aku. Dan aku wakili semua guru Prasekolah satu Malaysia yang berdepan situasi serupa.

Nak salahkan orang lain lagi?
Nak salahkan kerajaan?

Pada aku, kerajaan dah jalankan tanggungjawab yang secukupnya.

Nilai kecil per individu tetapi jika dijumlahkan seluruh negara, jutaan ringgit telah kerajaan keluarkan untuk prasekolah sahaja.

Jauh lebih tinggi dari peruntukan untuk murid sekolah rendah mahupun menengah!

Nak yang macam mana lagi?
Anak itu anak kita.
Usaha lah sehabis daya.

Dan seperti hantaran semalam, aku kata, bila ada masalah, jumpa terus guru bincang sama.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Jangan bising-bising tak ketahuan punca.

Bila kena 'smash' tahu marah pula,
kata cikgu tak guna.

Kau ini bagaimana,
atau kami ini harus bagaimana?

#khairulkamilin

• gambar sekadar hiasan •

*yuran setiap tadika dan pusat asuhan berbeza mengikut lokasi dan jam penjagaan anak.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0