Melayu memang pemalas

by - September 09, 2019



MELAYU memang PEMALAS

Aku dah lama setuju dengan kenyataan ni. Terlalu banyak bukti yang menunjukkan Melayu pemalas. Bukan pemalas yang biasa-biasa tapi pemalas nak mampus.

1. Pemalas claim benda yang bukan haknya.

Melayu memang paling pemalas bab ni. Tak macam kaum lain. Kaum lain jumpa tanda tanda berkaitan kaumnya di tanahair orang lain terus claim itu tanahnya. Apabila keris dijumpai di Okinawa Jepun, dan Sungai Towy, Wales, orang Melayu malas untuk claim Okinawa dan Wales itu tanahair Melayu. Apa punya pemalas. Di negara kita, ada kaum lain claim inilah tanahnya, mereka dah dakwa mereka bukan pendatang kerana dijumpai tanda tanda kaumnya walau tanda tu secoet dan dinafikan sejarahwan mereka sanggup menyeru diketuk kepala pakar sejarah yang ajar sejarah yang benar tersebut.

2. Melayu pemalas nak bergaduh gaduh menumpahkan darah sesuka hati.

Sebagai kaum majoriti di Malaysia, meskipun kaum lain menghina agama, nabi, bahasa, tulisan, sejarah, kaum, institusi, raja, sikapnya, orang Melayu malas nak gaduh. Mereka cuma bising-bising mulut. Memang malas nak bergaduh dan menumpahkan darah. Kerana orang Melayu itu kalau rajin jadi perkauman dah lama mereka tak terima mana mana kaum tinggal di Tanah Melayu ini. Sungguh la. Melayu pemalas nak bergaduh gaduh menumpahkan darah sesuka hati. Kaum lain di luar negara sanggup tumpahkan darah minoriti yang tak mau menyerap kepada polisi kebangsaannya, tapi Melayu ada bangsanya ditumpahkan darah, dia pemalas menuntut 'darah dibalas darah'. Dia biarkan mahkamah putuskan segalanya. Memang dasar Melayu pemalas tumpahkan darah kaum lain dengan sesuka hatinya. Kaum lain marah terus dibunuhnya Melayu walaupun tujuan datang nak padam api atau dilanggarnya dengan kereta lenyek bagi mati terus. Melayu malas bab ni sebab agamanya bagitau itu perbuatan terkeji lagi terkutuk.

3. Pemalas untuk jadi tamak.

Sementara kaum lain tak pernah cukup cukup apa yang dapat, orang Melayu sangat malas menjadi tamak. Apabila bekerja di sektor swasta pangkat yang sama, gajinya kurang dari kaum lain, dia pemalas untuk menuntut gaji yang sama. Dia cuma mahu ada kerja dan gaji yang padanya ok. Sikap malas tamak ini menyebabkan kaum lain sesuka hati memberikan gaji kepada kerjanya. Bahkan kerana malas tamaknya melayu, dia mahu berkongsi segalanya dengan orang lain ; ada lesen dikongsinya, ada tanah di kongsinya, ada harta di kongsinya... Kerana malas tamaknya itu dia lebih suka mengungkap "harta banyak bukan boleh bawa masuk kubur" sedangkan kaum lain sanggup meminta dikuburkan bersama harta. Begitulah pemalas nya Melayu menjadi tamak.

4. Malas jadi rasis.

Orang Melayu sangat pemalas melebih lebihkan kaumnya sendiri. Orang Melayu selesa kaumnya dipandang rendah. Mereka malas untuk dakwa kaumnya bangsa terpilih, Melayu malas nak gunakan kuasanya untuk paksa tulisannya jadi tulisan kebangsaan. Mereka sanggup gantikan tulisannya dengan tulisan Rom supaya kaum lain tak tersinggung. Melayu juga malas nak guna kuasanya tutup sekolah perkauman. Hanya ada 2 sekolah perkauman pun pemalas nak mampus untuk guna kuasa minta tutup. Kerana Melayu malas jadi rasis. Kerana Melayu itu diajar agamanya jangan rasis. Justeru sangat bermalasan dia menjadi rasis.

5. Disebabkan aku Melayu, aku MALAS nak tulis dah. Cukup la 4 point ni buat masa ni. Memang DASAR PEMALAS! Kalau korang tu Melayu yang rajin sangat, korang tolong sambung. Aku malas.

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0