Tak mustahil Malaysia akan ke world cup

by - Ogos 13, 2019

masih ada sinar harapan malaysia ke World Cup.

aku baru tau tentang team malaysia bawah 18 ni baru-baru ni. kekecewaan demi kekecewaan sebelum ni telah membuat aku hampir tak mengikuti perkembangan bola sepak malaysia.

tapi sejak dua menjak ni aku asyik nampak cerita tentang team malaysia bawah 18 lalu lalang kat socmed aku. lagi-lagi tentang penyerang nombor 10 ni, Luqman Hakim.

Aku pun mula mengkaji game-game dan taktikal yang dipamerkan oleh team bawah 18 ni dan secara ajaibnya aku teruja. dari segi permainan, semangat, taktikal dan kelajuan. jujur aku sebenarnya lebih teruja pada kelajuan game.

perkara kedua yang aku sangat-sangat teruja adalah dengan penyerang Luqman Hakim ni. Malaysia dah lama tak mempunyai penyerang yang sangat lincah, berani masuk menggelecek dalam kotak penalti, mempunyai kelajuan dari segi pickup sekali pakej top speed, dan TENANG untuk melakukan penyudah.

Aku tak pasti aku seorang saja yang perasan atau ramai perasan yang Luqman Hakim ni ada persamaan dengan seorang pemain Eropah yang sangat digeruni pertahanan-pertahanan lawan. Baik dari gaya tubuh, kelajuan, cara masuk ke dalam kotak penalti, dan cara beliau menyumbat gol! Luqman Hakim seakan-akan jelmaan Michael Owen semasa muda.

Tak keterlaluan aku katakan yang Luqman Hakim ni bakal mencipta sejarah baru sebagai salah seorang penyerang terbaik Malaysia jika mengekalkan prestasi seperti sekarang ni.

cuma harapnya prestasi team ni dapat dipertingkatkan lagi. aku cukup risau dengan team Malaysia ni, bila dah meningkat dewasa segala kehebatan dan taring tu hilang secara tiba-tiba. prestasi terus merosot. mungkin akibat terpisah mengikut kelab-kelab yang melamar mereka dan berlatih dengan tunjuk ajar coach baru, sekaligus membuatkan segala sentuhan-sentuhan ajaib yang dididik oleh Coach sebelum itu hilang begitu sahaja.

Dem. ni yang aku malas nak teruja berkenaan sesuatu. aku takkan berhenti menaip dan terus menaip. dah jadi karangan 180 patah perkataan dah ni.

Last but Not Least. Masih ada sinar harapan untuk Malaysia ke World Cup kalau team ni terus mempertingkatkan mutu permainan.

#teammalaysiabolasepak
#malaysiateam
#LuqmanHakim
#MasihAdaSinarKeWorldCup



You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0