JOM TERBANG DENGAN TRAVELOKA


Seronok kalau dapat travel sekeliling negara especially kalau korang yang dari luar KL baru balik dari Singapore and korang singgah KL dulu. Kat KL pon boleh jugak nak jalan-jalan. Kalau korang berminat nak tau airline bajet yang korang wajib try, korang cuba book cheap scoot flights online. Scoot ni one of budget airline yang kerap terbang ke seluruh Asia tenggara. Kalau nak dapat offer yang best korang boleh try Traveloka. 

Kat Traveloka korang boleh buat online booking, let say korang nak book singapore to kualalumpur flights korang kena bukak Traveloka web atau apps, search Scoot, then isikan detail macam destinasi yang u guys nak pergi contohnya Kuala Lumpur, cari tarikh yang u guys plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang u guys pilih tu. U guys pilih yang mana satu u guys nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay u guys akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka u guys atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa u guys nak check in kat airport nanti. 

Scoot ni asalnya dari Singapore, sejak tahun 2011 dan operate. Memang khas untuk budget travellers kat luar sana. In Kuala Lumpur aku nak share ngan korang tempat-tempat yang agak interesting untuk visit. Reka bentuk masjid Wilayah diinspirasikan daripada Masjid Biru yang terletak di Istanbul dengan gabungan seni bina Turki dan Melayu. Masjid ini memiliki ruang solat yang sangat besar sehingga mampu menampung dalam 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Di sekitar masjid ini terdapat air pancut dan juga tumbuhan-tumbuhan hijau yang terjaga dengan baik sekali. Kecantikan Masjid Wilayah ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dan tidak cukup dengan hanya melihat pada gambar, korang perlu datang sendiri dan lihat dengan lebih dekat lagi sentuhan yang penuh perincian pada setiap sudut masjid ini yang kelihatan begitu tenang dan indah. 

Muzium Diraja Negara adalah sebuah muzium yang terletak di dalam Istana Negara yang lama yang pernah digunakan dari tahun 1957 sehingga tahun 2011. Ya, bukanlah muzium biasa kerana bangunan ini memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri. Untuk pengetahuan korang, bangunan istana lama yang terletak di atas tanah berkeluasan 11 hektar ini telah dibina sejak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1928 oleh seorang taikun Cina bernama Chan Wing yang mengumpulkan kekayaannya melalui perlombongan bijih timah di lokasi yang kini menjadi tapak bangunan The Mines. Ketika perang dunia, bangunan istana ini pernah digunakan oleh penjajah Jepun. Setelah itu, ianya menjadi milik British Royal Air Force dan kemudiannya sebagai istana Sultan Selangor. Pada tahun 1957 pula, bangunan ini telah diubahsuai dan diperbaiki untuk dijadikan Istana Negara. 

Escape Room adalah permainan escape yang terletak di Berjaya Times Square. Di sini, korang dapat menguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan puzzle dan kod-kod yang wujud bagi melepaskan diri dalam masa 45 minit. Kalau korang rasa korang seoang yang tak pernah kalah dalam apa-apa permainan puzzle, mai betul-betul test skill korang di sini. Pengalaman yang sangat menguji minda namun cukup menyeronokkan. Bukan sekadar menyelesaikan masalah, korang juga perlu mengharungi cabaran ini dalam suasana yang menyeramkan. Yang syoknya, ada 9 jenis bilik yang boleh dipilih dengan tahap kegentingan situasi dan cabaran yang berbeza. Cabaran-cabaran yang ditawarkan adalah diadaptasikan daripada movie-movie terkenal Hollywood seperti Safari Jungle, The Cage, the Haunted House dan Wonderland. Macam mana? Ada berani? 

Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak di Tasik Perdana ini menempatkan sekitar 7 ribu artifak di dalam 12 buah galerinya yang dibahagikan mengikut jenis bahan pameran. Muzium ini menggunakan 2 tingkat untuk galeri tetap dan 2 bahagian galeri untuk pameran sementara. Untuk galeri yang tetap, di tingkat 1 terdapat galeri senibina, quran dan manuskrip, India, China dan Melayu. Tingkat 2 pula menempatkan galeri tekstil, barang kemas, senjata, syiling, besi, kayu dan seramik. Best kan?

Ulasan

  1. lom penah try gn traveloka ni sbb time dia ada offer gini kite plak kering poket😆

    BalasPadam

  2. نستخدم افضل ادوات تنظيف و غسيل الخزانات لاننا افضل شركة غسيل خزانات بالمدينة المنورة و عمال مروبون وحاصلون على شهادة صحية فقط اتصل بنا لتحصل على افضل خدمة غسيل خزانات بالمدينة المنورة

    _________

    BalasPadam

Catat Ulasan