Seorang bapa sanggup membuat tatu menyamai anaknya. Sikap sayang
kepada anaknya beliau membuat tatu serupa di badan sama seperti anaknya.
Anaknya yang berusia 6 tahun mengidap penyakit jantung dan sudah menjalani
pembedahan di hospital.
KUALA LUMPUR: Guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis panduan dalam pengurusan disiplin dan kuasa merotan murid di dalam Peraturan 5, Ordinan Pelajaran 1957.
"Hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan dan hukuman kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Nie Ching berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran tindakan seorang guru yang telah merotan di beberapa bahagian badan seorang pelajar perempuan kerana berkelakuan biadap di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor baru-baru ini.
Difahamkan, guru lelaki berkenaan merotan murid perempuan itu disebabkan dia bersikap kurang ajar dengan menggelarkan cikgu berkenaan sebagai 'pondan'.
Dalam pada itu, Nie Ching berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan menjalankan penyiasatan mengenai kes berkenaan dengan kerjasama pihak polis.
"Saya yakin perkara ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan saya juga ingin memohon agar semua pihak dapat bertenang dan memberi ruang kepada Jabatan Pendidikan Johor dan pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya," jelas beliau.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kulai itu berkata, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan menerapkan elemen budaya kebahagiaan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati seperti yang sering diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Walaupun pelajar itu pemalas dan tidak cerdik tugas guru hanya mendidik bukan merotan pelajar biarkan akademi beliau rendah dan guru hanya mampu mengajar sahaja dan tidak lebih dari itu. Boleh tengok sendiri keputusan pelajar tersebut bagaimana.
Aku kerja Polis Min,
Kerja kat Penang.
Tak payah aku mention balai mana,
2010 masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).
Sampai kat Tesco, masuk guard room tengok ada satu lelaki melayu duduk atas kerusi.
Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.
Dapat info laki ni curi roti tu.
Nilai roti tak sampai rm10.
3x aku tanya guard tu, "takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?".
Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.
So, bawa jugak la laki tu naik kereta.
Dlm kereta aku tanya kenapa curi?
Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun untuk bagi anak dia makan kat rumah.
Terkedu aku dengar.
Dia cakap lagi, anak dia dah 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.
Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..
Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.
Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu.
Dah depan EO nk buat report.
Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.
Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu.
Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.
AOCS aku suruh call atasan dia datang.
Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu
Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.
Dah insaf kena maki,
Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.
AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.
Dah selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.
AOCS aku cakap apa "Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah"
Laki tu baru kena buang kerja kilang.
Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.
Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.
Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu.
Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.
Sampai sekarang aku ingat apa yg AOCS aku pesan kat aku
"kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu"
Salute kat AOCS aku Sarjan Mejor Shahruddin.
Kredit : Muhamad Azizan
*Gambar Hiasan.
Kredit page - Suamiku IMAMKU Isteriku MAKMUMKU
Walaupun subjek agak sensetif tetapi ini penting untuk memberitahu di sebalik kejadian yang sebenar. Mereka perlu di dedahkan untuk memastikan sebarang perkara tidak baik berlaku. Sejauh mana keberkesanan tersebut terpulang kepada peranan ibu bapa dan bukan melepaskan tanggungjawab hanya pada guru sahaja.
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali untuk
selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3 ya Rabbal'Aalamiin