Info ibu hamil


Air mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air mentuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung takde air mentuban dipanggil sebagai anhydramnios

Air mentuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponenya datang dari kulit bayi sendiri. Air mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan dia sendiri minum air tu.

Tak susah pun nak faham konsepnya. Apa jua keadaan yang menyebabkan baby ni kencing banyak atau apa jua keadaan yang menyebabkan baby tak boleh menelan air mentuban ini semula akan menyebabkan air mentuban ini banyak dari biasa.

Berikut antara sebab musabab biasa air mentuban tu boleh menjadi banyak :

1) ibu ada kencing manis - bila ibu ada kencing manis, paras gula dalam badan ibu tinggi. Gula yg tinggi ini dipindahkan kepada bayi melalui tali pusat. Paras gula yang tinggi pada bayi menyebabkan bayi terkencing kencing dengan banyaknya sekaligus air mentuban jadi banyak

2) bayi ada kecacatan pada bahagian saraf atau bahagian kepala atau pada salur pencernaan menyebabkan air mentuban ini takboleh ditelan dan menjadi banyak

3) bayi ada masalah genetik seperti sindrom Down atau sindrom Edward yg mana sindrom ini ada berkaitan dengan ketaknormalan sistem pencernaan. Air mentuban takboleh ditelan dan air mentuban menjadi banyak

Jadi, semua perkara yang berlaku ini adalah melibatkan bayi itu sendiri dan keadaan di dalam rahim. TIADA KAITAN dengan apa yang ibu makan, apa yg ibu minum, atau disebabkan ibu mandi malam.

Air mandian tu takboleh meresap dari kulit ataupun ada laluan rahsia untuk sampai terus ke rahim dan sebabkan air mentuban banyak secara tetiba.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

****ni copy paste dr doktor pakar O&G****

Ulasan


  1. this was an exceptionally nice post. Taking a few minutes and actual effort to generate a really good article

    شركة نقل عفش
    شركة نقل اثاث بالرياض رخيصة

    BalasPadam
  2. Thank you for the informative post, i am posting some generic keywords that you can use while links your website on another websites. Generic Keywords

    BalasPadam
  3. We are popular as Florist Service in Gurgaon from last 10 Years, we also offers fresh flowers cakes and latest gifts across Gurgaon. Send flowers online and Offline from flower shop for your loved ones and availlable for corporate gifting with fastest delivery.

    Florist Service in Gurgaon
    Online Florist Services in Gurgaon

    BalasPadam

Catat Ulasan