Mohon cari adik beliau

by - November 23, 2018


GURU wanita bersama dua anak lelakinya berusia tujuh dan tiga tahun dilaporkan hilang dari rumah mereka di Semenyih, Kajang, sejak Isnin lalu.

Kali terakhir Norazizan Ibrahim, 31, berhubung dengan keluarganya adalah pada Ahad, menerusi Whatsapp dan kemudian gagal dihubungi sejak 11 pagi Isnin.

Adiknya, Noraziah Ibrahim, 29, berkata, abang iparnya iaitu suami kepada Norazizan turut menghilangkan diri.


Laporan 1


Laporan 2


Katanya, kehilangan itu mula disedari selepas dihubungi oleh guru dari sekolah kakaknya.

 “Guru itu beritahu kakak saya tidak hadir mengajar dan bertanya jika dia berada bersama saya. Saya kemudian cuba menghubunginya, namun telefon bimbitnya ditutup.

“Saya cuba mencarinya di rumah, namun gagal malah kereta Perodua Myvi milik kakak juga tidak kelihatan. Bimbangkan keselamatannya saya terus buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noraziah berkata, polis memintanya terus cuba menghubungi kakaknya dan jika masih gagal selepas tiga hari, polis memintanya membuat laporan kedua.

“Selepas tiga hari, kakak saya masih gagal dikesan. Kemudian saya buat laporan polis kedua dan keluarga dimaklumkan kereta kakak dikesan di Raub selepas kereta itu disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana pemandunya, seorang lelaki tidak dikenali, tidak memiliki lesen.

“Maklumat itu menambahkan kerisauan kami sekeluarga, siapakah lelaki itu? Di manakah kakak dan anak saudara saya? Justeru, keluarga memohon jika ada yang tahu di mana kakak saya boleh hubungi saya di nombor 013-363 1189,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, yang dihubungi kemudian mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan tiga beranak itu.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan siasatan masih berjalan.


You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0