Allah kan ada

by - November 10, 2018


Kesedihan akan di alami oleh setiap insan yang bernama manusia. Kita perlu tabah dengan pelbagai ujian yang ada. Perlu kuat mengharungi.

Perjalanan insan yang amat lemah. Kenapa aku juga yang di salahkan. Tatkala di bebani hutang piutang yang membebankan. Ia seolah racun yang tidak dapat di singkirkan.

Terasa sesak dada, insan yang harus meneruskan perjalanan ini. Tekanan demi tekanan di beri tanpa salam, amat perit sekali untuk di hadam. Lidah membeku tanpa berkata, hanya air mata yang keluar membasahi bumi.

Pada siapa ingin ku luahkan perasaan ini. Adakah insan yang sudi mendengar kisah ini. Allah hanya dia tempat luahkan cerita. Jangan risau Allah kan ada. Janganlah bersedih kerana Allah akan bersama kita.

You May Also Like

2 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0