Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Mohon cari adik beliau

Imej
GURU wanita bersama dua anak lelakinya berusia tujuh dan tiga tahun dilaporkan hilang dari rumah mereka di Semenyih, Kajang, sejak Isnin lalu.

Kali terakhir Norazizan Ibrahim, 31, berhubung dengan keluarganya adalah pada Ahad, menerusi Whatsapp dan kemudian gagal dihubungi sejak 11 pagi Isnin.

Adiknya, Noraziah Ibrahim, 29, berkata, abang iparnya iaitu suami kepada Norazizan turut menghilangkan diri.


Laporan 1

Laporan 2

Katanya, kehilangan itu mula disedari selepas dihubungi oleh guru dari sekolah kakaknya.
 “Guru itu beritahu kakak saya tidak hadir mengajar dan bertanya jika dia berada bersama saya. Saya kemudian cuba menghubunginya, namun telefon bimbitnya ditutup.

“Saya cuba mencarinya di rumah, namun gagal malah kereta Perodua Myvi milik kakak juga tidak kelihatan. Bimbangkan keselamatannya saya terus buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noraziah berkata, polis memintanya terus cuba menghubungi kakaknya dan jika masih gagal selepas tiga hari, polis memintanya …

Kenapa cikgu suruh anak saya cuci longkang

Imej
Teruk betul mak bapak sekarang anak kena denda cuci longkang je pun. Bukan main whatsup cikgu siap marah. Sekarang anak murid dah tak boleh tegur. Mak bapak terus report polis. Harap mak bapak kat luar sana tolong jaga anak anda sendiri bukan tanggungjawab sepenuhnya letak pada cikgu ye. Kesian Cikgu Dhiya dapat mak bapak anak murid yang bermasalah.




Yusof tengok ultrasound adik

Imej
Reaksi anak sulung pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar ketika melihat rakaman imbasan ultrasound ibunya sememangnya mencuit hati.

Reaksi comel Yusuf itu dimuat naik oleh Hairul menerusi satu video pendek di akaun Instagramnya semalam.

“Awwwwww anak daddy dalam perut tengah work out ke tu, sorry mommy @haniszalikha i tak dapat teman hari ini buat pertama kali. By the way @theyusufiskandar excited sangat dia tu,” tulis Hairul.

Video itu jelas menunjukkan Yusuf begitu teruja sebaik sahaja melihat imbasan ‘adiknya’ dipaparkan menerusi skrin yang disediakan.

“Oww there, It’s baby,” katanya secara spontan mengundang ketawa kecil Hanis.
Sehingga kini, video itu telah mendapat lebih 600,000 tontonan dan hampir 700 komen.

Teruk perangai kau ye dik

Imej
Seorang peniaga homestay menceritakan terkejut dengan zaman budak sekarang. Siap gabung katil. Nampak baik giler. Kenapa perangai sampai macam ini dik.






Allah kan ada

Imej
Kesedihan akan di alami oleh setiap insan yang bernama manusia. Kita perlu tabah dengan pelbagai ujian yang ada. Perlu kuat mengharungi.

Perjalanan insan yang amat lemah. Kenapa aku juga yang di salahkan. Tatkala di bebani hutang piutang yang membebankan. Ia seolah racun yang tidak dapat di singkirkan.

Terasa sesak dada, insan yang harus meneruskan perjalanan ini. Tekanan demi tekanan di beri tanpa salam, amat perit sekali untuk di hadam. Lidah membeku tanpa berkata, hanya air mata yang keluar membasahi bumi.

Pada siapa ingin ku luahkan perasaan ini. Adakah insan yang sudi mendengar kisah ini. Allah hanya dia tempat luahkan cerita. Jangan risau Allah kan ada. Janganlah bersedih kerana Allah akan bersama kita.

Masih ingatkan anda dengan beliau

Imej
Masih ingatkah anda dengan pelakon cerita lelaki lembut soton ini. Nama beliau Ku Yusri. Beliau di asah bakat dari program tv kerjaaan rtm. Dengan bakat lakonan yang bersahaja akhirnya astro mengambil beliau menjadi pelakon.


Beliau sebenarnya adalah bekas penuntut university akedemik seni budaya dan warisan (aswara). Beliau kemudian menyambung pelajaran di institusi pendidikan guru maktab Kampus Darul Aman IPDA Kedah.
Mungkin ramai kata kenapa beliau tidak teruskan dalam bidang lakonan. Mungkin akibat kecaman dari nitizen beliau beralih arah menjadi seorang pendidik. Beliau kini bekerja sebagai seorang guru sekolah. semoga beliau bahagia bersama keluarga tercinta.






Nak harga kena pm

Imej
Susah sangat ke nak bagi tau harga. Dah la kena pm. Pastu nak berkenalan bagai. Ko ingat aku customer ada masa nak berkenalan. 
Kalau nak jual barang terus je letak harga. Letak produk baru orang boleh percaya paling penting facebook letak gambar sendiri nak berniaga pun nak menipu.