Padah bapak lambung anak kena kipas


 (Thailand): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah di kepala akibat terkena bilah kipas siling selepas dia dilambung bapanya ketika bermain.

Ketika kejadian, Oum Phoeykiln, tiga tahun, bermain bersama bapanya, Em, 25, di ruang tamu di rumah mereka.

Bapanya mendukung dan melambung anaknya itu ke udara sehingga menyebabkan kepala mangsa terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

Hentaman yang kuat itu menyebabkan bilah kipas patah manakala dahi kanak-kanak berkenaan luka parah sehingga ternampak bahagian tengkorak.

Follow Page : kambing perap kak ya



Ulasan

Catat Ulasan