49 hari hidup atas laut

by - Oktober 09, 2018


Macam sebuah filem pengembaraan hebat dari kisah benar dilalui sorang rakyat Indonesia Aldi Novel Adilang, 18 tahun. Mamat ni hanyut dari Kepulauan Sulawesi sejauh 2,500 kilometer melepasi Filipina hingga ke jurang laut paling dalam di dunia, Mariana Trench selama 49 hari.

Kisahnya bermula 14 Julai 2018 bila mamat takda SPM ni dihantar tokey dia ke sebuah kelong @ rumpon sejauh 125 kilometer ke tengah laut. Kerja dia hanya tidoq, bangun & bukak lampu Rumpon (sejenis kelong yang gantung daun kelapa dan nyalakan lampu tarik perhatian ikan mengawan).

Tokey mai memukat seminggu sekali bawak bekalan makanan dengan gaji Rp2,000,000 sebulan. Ada dekat 50 buah kelong, dia jaga salah satu.

Tengah dok lepak, tetiba ribut mai tampaq pipi sampai tali pengikat kelong dia putuih bergesel dengan kelong kawan sebelah. Jerit panggil kawan tak dengaq tidoq mati gamaknya, hanyutlah dia bersama kelong sekitar perairan Manado, Utara Sulawesi Indonesia.

Kali ketiga hanyut dalam hidup dia. Sebelum ni diselamatkan tokey dan nelayan. Tapi kali ini bukan saja tokey, polis marin tentera semua pulun search arround tak jumpa jugak (taktau depa pulun cari ka dak).

Laut besaq cek oi, kelong tu hanyut melepasi kepulauan Filipina tanpa arah tuju.

Handset ada try meseg kengkawan cakap dia masih selamat, mai la tolong selamatkan oi.. Kawan tanya kat mana kmi nk henjut mai, "...tak tau laa dong.. kiri kanan laut..." dong dong dong sampai la habis batery.

"..Mampuih laa aku lagu nie..." Stok makan untuk seminggu dah habis. Beras dah tinggai serdak. Biskut lutut dah jadi baja. Perut start nyanyi lagu cina. Daddy Shark kedu kedu dok follow sebelah. Ketaq lutut kawan.

Mamat ni curi2 memancing. Dapat ikan, makan mentah-mentah sampai muntah. Nak try nyala api kayu tadak. Tengok kayu dinding kelong tu. Garu kepala... Demi dapur berasap akanku kopak jadi bara jugak. Ikan rebus, ikan bakar, rebus, bakar, rebus, bakar sampai berbuih mulut sedar xsedar dah masuk 3 minggu bantuan tak mai jugakkkk.

Adoi nayaa ..

Dahaga dia tak minum ayaq masin sebab garam buat badan dehidrasi, so dia buka baju rendam dalam laut main perah2 masuk tong. Akai nak bagi kurang skit garam. Bila hujan mai dia tadah ayaq, tadah mulut, tadah tong.

Pusing lagi keliling kelong tadak apa. Dayung, life jacket, kompas, waze semua takdak. Biskut meri, beras siam semua dah abis. Hanya ada sebiji radio, handset bateri gone, sebuah kitab Injil dan periuk mangkuk bisu.

Jerung dan adik beradik tak renti-renti dah follow kiri kanan kelong. Ombak tinggi plak asyik tibai terbarai tali yang ikat kayu-kayu tu. Berjuang betul dia nak pastikan jamban tu kukuh. Open sea wei, bukan Selat Melaka.

So hobi dia hanya mampu menangis, berzikir, nyanyi lagu kerohanian, nasyid dan khatam kitab Injil tu sambil berdoa tak putus-putus minta diselamatkan Tuhan.

Doa yang paling penting minta Tuhan halau Jerung yang asyik sengih tayang gigi berenang pi mai pi mai. Itulah perumpamaan 'kawan' dok tunggu nak makan kawan, yang terus membuat jiwa dia semakin kuat untuk hidup. Bawahnya laut paling dalam di dunia sedalam 11 kilometer.

Berpuluh hari telah berlalu, bantuan tak kunjung tiba. Ada la beberapa biji kapal kontena, kapal minyak memacam lah kapal yang lalu semua tak perasan sebab dia asyik jerit, "...Pakkkk tolonggg pakkk tolonggg..." depa tak faham dan tak dapat meseg dia. Tak nampak kot. Buta. Teropong beli mahai-mahai simpan.

Dia kecewa. Dia bosan. Dia Stress. Dia tidoq. Malam tidoq. Siang bangun, tidoq balik. Tidoq adalah hobi utama bila takleh scroll facebook. Ombak jahat dok hayun membuai isi otak dia sampai jadi teh tarik. Muntah tu satu tong dram dah.

Dia hanya isi masa lapang dengan menangis gagal berjuang dengan diri sendiri samada nak bunuh diri atau terus bersabar. Dia dah rasa nak terjun plak dah... Laut ibarat bangunan 20 tingkat. Terjun mati. Tak terjun pun mati.

Bagi dia, siang berganti malam. Malam taktau nak berganti apa lagi. Bulan dah bocoq asyik tenggelam timbui. Ntah la dah berapa minggu atas laut kalendar tak bawak. Aldi mula berhalusinasi. Tulang ikan di sudut kelong dah macam bergelak tawa sesama sendiri umpat dia.

Akhirnya...semangat mai, dia takmau mengalah, Allah SWT beri ilham pada dia untuk selongkar radio buruk yang ada, cubaan sebagai hackers untuk memintas frekuensi radio kapal yang lalu next time. Macam dalam filem2 yang dia tonton. Korek punya korek, ntah camna aku taktau dia ubah radio tu untuk pintas frekuensi kapal.

31 Ogos 2018
Hari ke - 49. Sebelah jurang laut paling dalam di dunia, Mariana Trench. Beberapa ratus kilometer dari daratan terdekat, Pulau Guam.

Sebiji kapal tangki dari Panama menuju ke Jepun tetiba dapat isyarat radio berbunyi, "...Capt, Help Me, Help Me.." berulang kali. Aldi cakap english daa. Tengah dok amati isyarat radio macam alien tu, kapal hampir terlanggar kelong Aldi yang tergedik-gedik lambai tangan sambil pegang radio magic dia.

Captain tu terus berpatah balik lepas terlajak 1 kilometer. Akhirnya Kamal Aldi diselamatkan. Pelampung dibaling (ada video penyelamatan di Youtube - taip ja nama Aldi Novel) Aldi menangis gembira lalu terjun dari kelong yang hampir membunuh dia yang juga selamatkan nyawa dia. Bercerailah mereka selamanya...

Aldi berenang capai pelampung dibaling anak kapal dan memanjat tangga naik ke atas kapal tangki yang tinggi tu. Masa panjat tangga, tengah dok teroyak bersyukur tu tangan dia dah lemah, dia hampir terlepas dan jatuh kembali ke laut (boleh mampuih masuk bawah kapal) tapi semangat juang yang tinggi nak hidup dia gagah panjat naik.

Akhirnya dia dibawa ke Jepun, dalam kapal depa cakap macam alien, dia relax jawab pakai Google Translate. Sampai di pelabuhan Jepun depa tak bagi dia turun kena tunggu konsulat Indonesia tiba sediakan passport untuk dia.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT. Tiada sesiapa pun yang Allah tidak selamatkan jika mereka berdoa dan berusaha, walaupun kafir.

3 minggu lepas, 8 September 2018 dia tiba di Sulawesi dan berjaya tidur di rumah sendiri peluk bantal berhabuk selepas hampir 2 bulan berjuang hidup tengah laut.

Esok, 30 September 2018 tarikh lahir dia yang ke-19.

Selamat Hari Lahir Aldi Novel Adilang.
Pengalaman kau hebat... Tuhan masih sayang.

Dari Shuhaimi Zulkefli
Malaysia

(tulisan aku berdasarkan fakta & kejadian sebenar hasil bacaan berita temuramah Aldi dari seluruh dunia. Tokok tambah hanya dari sudut bahasa, situasi tu benar berlaku)

Boleh baca juga
19 hari sesat di hutan [KLIK SINI]






You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0