Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Mana nak cari duit

Imej
Sedih bila mengenang nasib duit tiada. Isteri minta duit bayar taska anak. Sebulan dalam rm400 kena bayar. Kereta isteri rm500 kereta saya rm600 duit rumah lagi. Bila servis je kena sampai rm800 untuk honda rm600 untuk perodua. Hanya mampu garu kepala. Duit gaji hanya hilang dalam masa sehari.

Susahnya hidup jadi manusia. Mana aku nak cari duit nak makan. Nak minta duit kat adik beradik malu. Mintalah duit kat mak. Adakah nasib aku yang malang rupanya ada orang lagi malang dari aku.

Kisah ibu tunggal

Seorang ibu tunggal buat perniagaan di depan KFC kangar perlis dengan anak 3 OKU,rumah telah dijual oleh bekas suami,jadi mereka perlukan duit untuk bayar rumah sewa. Kesian Amin semoga beliau di murahkan rezeki.





Motor terbang harga rm627,000 sebuah

Imej
Pada Oktober tahun lalu, motosikal terbang Hoversurf mula digunakan oleh polis Dubai untuk kegunaan anggota. Motosikal dengan konfigurasi quadrotor kini boleh dipesan pada harga $150.000 (~RM 626,850) bagi individu yang berminat. Model untuk kegunaan orang ramai ini lebih ringan dengan berat 140 kilogram, berkelajuan maksimum 96 km/j dan terbang sehingga 25 minit.



Terdapat mod dron yang membolehkannya beroperasi selama 40 minit. Bateri yang digunakan adalah sebesar 12.3 kWh manakala tubuh diperbuat daripada hentian karbon. Kerana ia diklasifikasikan sebagai pesawat microlight, tiada lesen terbang diperlukan untuk menunggangnya. Seperti model asal, keempat-empat kipas mempunyai rekaan terbuka sekaligus mendedahkan penunggang kepada kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan. Amacam nak beli tak.


Selamat tinggal crab car

Imej
Kesian apabila atok di hina oleh pemandu teksi. Mana tidaknya mereka yang berkerja sebagai pemandu teksi seperti menumpahkan pasir dalam periuk nasi.

Lepas aplikasi crab wujud industri teksi semakin di ketepikan. Mana tidaknya crab car lebih di pilih oleh orang sebab harganya jauh lebih murah dari perkhidmatan teksi.

Industri teksi meminta kerajaan ambil serius untuk batalkan aplikasi crab di Malaysia agar industri teksi dapat di selamatkan. Tetapi jawapan atok saya boleh letak jawatan hari ini kalau orang tak suka saya.

Industri crab sangat berkembang dari zaman Najib lagi ada orang kata syarikat Rosmah Mansur tetapi Najib dah buat kenyataan crab sebenarnya pemilik rakyat tempatan dan sengaja ingin buat Najib rasa bersalah. Anda rasa patutkah crab di hapuskan untuk selamatkan syarikat teksi.

Tanya soalan ke PU AZMAN

Imej
Beliau seorang ustad boleh di katakakan jawapan diberikan agak kretif dan mencuit hati. Seorang ustad yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Jom baca.














Ibu bapa mohon tolong baca

Imej
Satu kisah benar yang di ceritakan oleh seorang pegawai hospital. Harap ibu bapa perlu ambil ikhtibar tentang memakai sarung tangan bayi.

Seorang bayi 5 bulan dibawa ke hospital atas sebab jarinya sudah pun mati (necrosis)

Dijemput ibubapa dari pengasuh setelah tamat kerja. Ketika itu, bayi sudah pun disiapkan oleh pengasuh untuk tidur. Lengkap berpakaian tidur, beserta sarung tangan dikedua belah tangan.

Keesokan paginya, ingin dimandikan dan disiapkan sebelum dihantar ke pengasuh.

Sarung tangan kiri dibuka. Kelihatan jarinya yang sudah pun HITAM! 😱

Segalanya disebabkan oleh benang sarung tangan secara tidak sengaja terlilit di jari tengah bayi tersebut. 😰

Ibubapa terkejut, lalu dibawa bayi ke hospital. Namun, segalanya sudahpun terlambat. 😰😰😰

Jarinya sudahpun mati dan tak boleh dikembalikan. Bayi tersebut dijangka menjalani pembedahan membuang jarinya yang telahpun mati itu.

Pesanan untuk Ibubapa : Sila periksa jari anak-anak anda yang dipakaikan sarung tangan / sarung kaki. J…

49 hari hidup atas laut

Imej
Macam sebuah filem pengembaraan hebat dari kisah benar dilalui sorang rakyat Indonesia Aldi Novel Adilang, 18 tahun. Mamat ni hanyut dari Kepulauan Sulawesi sejauh 2,500 kilometer melepasi Filipina hingga ke jurang laut paling dalam di dunia, Mariana Trench selama 49 hari.

Kisahnya bermula 14 Julai 2018 bila mamat takda SPM ni dihantar tokey dia ke sebuah kelong @ rumpon sejauh 125 kilometer ke tengah laut. Kerja dia hanya tidoq, bangun & bukak lampu Rumpon (sejenis kelong yang gantung daun kelapa dan nyalakan lampu tarik perhatian ikan mengawan).

Tokey mai memukat seminggu sekali bawak bekalan makanan dengan gaji Rp2,000,000 sebulan. Ada dekat 50 buah kelong, dia jaga salah satu.

Tengah dok lepak, tetiba ribut mai tampaq pipi sampai tali pengikat kelong dia putuih bergesel dengan kelong kawan sebelah. Jerit panggil kawan tak dengaq tidoq mati gamaknya, hanyutlah dia bersama kelong sekitar perairan Manado, Utara Sulawesi Indonesia.

Kali ketiga hanyut dalam hidup dia. Sebelum ni d…

Iklankan produk anda di tv

Imej
Iklan di TV sangat berkesan selain iklan di blog. Tetapi ramai kata iklan di TV mahal. Kini astro akan membantu anda iklankan produk di TV.

Dengan menghadiri seminar anda berpeluang menambah ilmu yang paling penting dapat mengetahui skop iklan yang sesuai. Anda juga boleh pilih mana-mana channel astro untuk iklankan produk anda.

Banyak syarikat yang dulunya hanya kecil seperti cosmoderm hanya menggunakan media blog kini sudah berjaya ke arena tv. Boleh klik sekarang di laman web
www.astropowerhour.tv sekarang. Klik testimonials dan tengok sendiri bagaimana media iklan mempengaruhi jualan produk mereka. Pilih slot untuk hadiri seminar agar anda akan lebih faham.

www.astropowerhour.tv


Padah bapak lambung anak kena kipas

Imej
(Thailand): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah di kepala akibat terkena bilah kipas siling selepas dia dilambung bapanya ketika bermain.

Ketika kejadian, Oum Phoeykiln, tiga tahun, bermain bersama bapanya, Em, 25, di ruang tamu di rumah mereka.

Bapanya mendukung dan melambung anaknya itu ke udara sehingga menyebabkan kepala mangsa terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

Hentaman yang kuat itu menyebabkan bilah kipas patah manakala dahi kanak-kanak berkenaan luka parah sehingga ternampak bahagian tengkorak.

Follow Page : kambing perap kak ya