Wahai melayu inikah bangsaku..


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sempena ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.

Dr Mahathir berpendapat, setiap orang Melayu perlu berani mengaku kesalahan untuk melangkah ke hadapan dan memperbetul kesilapan supaya mendapat nikmat oleh Allah SWT.

Berikut kesalahan orang Melayu yang disenaraikan oleh Pengerusi BERSATU yang juga penulis Dilema Melayu itu:

PERLU RAJIN

1. Orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain
2. Orang Melayu tidak ambil berat tanggungjawab
3. Orang Melayu kurang meneliti sebelum buat keputusan dan bertindak
4. Orang Melayu kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk buat keputusan
5. Orang Melayu lebih suka serah kerja kepada orang lain
6. Orang Melayu cepat menuntut hak. Mahu gaji tinggi tetapi kerap bawa M.C. apabila tidak hadir bekerja

"Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari ini kita dapati ramai orang asing datang bekerja di negara kita. Kenapa? Kerana kita tidak sanggup bekerja. Pergilah ke tempat kerja dan kita tidak akan bertemu dengan pekerja kita.Ya, memang kerja itu berat. Mungkin kotor dan berbahaya. Kita cuma cari kerja yang ringan, dikilang berhawa dingin. Tetapi disitu pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah” - Tun Dr Mahathir Mohamad.

BERAMANAH
7. Orang Melayu mudah memungkiri janji
8. Orang Melayu tidak segan untuk mengambil barangan atau duit yang bukan milik kita
9. Orang Melayu berat membayar balik hutang.

"Walau apapun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara
kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka
bagi pinjaman kepada kita. Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu
kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk
meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank. Janganlah aniaya kita kerana orang lain
yang lokek. Tetapi kita sudah terkenal sebagai bangsa yang lokek. Maka terpalitlah juga kita
kerana bangsa kita tidak dipercayai” - Tun Dr Mahathir Mohamad.

BEPERASAAN MALU

10. Orang Melayu tidak ada rasa malu kalau tidak bayar hutang
11. Orang Melayu tidak ada rasa malu dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak beramanah
12. Orang Melayu tidak ada rasa malu sekiranya gagal menjayakan tugas
13. Orang Melayu tidak peduli kualiti sesuatu produk dihasilkan .

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wahai-melayu-inilah-senarai-kesalahan-yang-perlu-dibetulkan-kalau-mahu-berjaya-tun-mahathir-185106

#TunMahathir #rajin #melayu

Ulasan

  1. Your Post is very unique and all information is reliable for new readers.Keep it up in future , thanks for sharing such a useful post.
    McAfee antivirus is one of the most robust antivirus brands available in world wide.This Intel Company has gained prominence among the majority of computer users across the world. It provides complete real-time protection against spyware, malware, virus, rootkits, trojan horse, keylogger, adware, phishing, etc. Since people across the world use the Internet on their mobile and computer devices, it makes them vulnerable to data breach and computer infections. Therefore, users need to have complete security from all sorts of threats posed by malicious software.
    https://activatemcafee.net/

    BalasPadam
  2. Hey!! Thanku you so much for sharing information about blog and also download. Blackmart Apk App market helper app download freestore

    BalasPadam

Catat Ulasan