Mungkin anda bertuah sebab kerja kerajaan

by - September 03, 2018


Semoga para penjawat awam yang lalai (lupa diri / x sedar diri) diatas nikmat yang didustakan lalu bongkak meninggi diri dengan orang awam segera bermuhasabah diri.

Kepada para penjawat awam yang mengamalkan nilai2 murni dan positif ketika bekerja, gandakan lagi segala nilai2 murni dan positif yang kalian amalkan agar dapat membakar semangat mereka yang lalai ini.

Kerana mereka yang lalai didalam sektor perkhidmatan awam ini jumlahnya telah melebihi kalian yang benar2 ikhlas, tekun, rajin, penyabar dan yang bekerja kerana Allah S.W.T.

Waktu rehat mereka sepatutnya jam 1pm, tetapi tutup pada jam 12.55pm. Jam 2pm sepatutnya beroperasi kembali namun 2.05pm pintu masih lagi belum dibuka walaupun dah jelas kelihatan lautan manusia beratur panjang dihadapan pintu.

Setelah dibuka, kaunter yang banyak ibarat hiasan nan indah kerana hanya 3/10 sahaja kaunter dibuka. 10 minit atau lebih kemudian, barulah kelihatan mereka2 yang lalai ini masuk berlenggang pinggang ketawa sesama mereka dan akhirnya duduk memegang cermin make up, belek hp dan barulah kerja dimulakan.

Tak sedarkah kalian yang lalai ini bahawasanya ada yang datang dari sebelum subuh menunggu nombor, pulangnya jam 8 malam. Itupun kalau selesai, kalau tak selesai disuruh ke Putrajaya kemudian datang balik ke Shah Alam atau kat mana2 sahaja sesuka korang ibarat macam belakang rumah kami sahaja dekatnya Putrajaya itu.

Memang aku tertekan dengan kelalaian korang.

Kredit :- saiful raimi



You May Also Like

2 comments

  1. menteri sdap lerr cakap itu ini, gaji puluh2 ribu..rakyat ni..gaji ibarat kais pagi makan pagi jer..huhu

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0