Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Review filem paskal

Imej
MasyaAllah!!! This is what I can say after watching the PASKAL film. Aku jujurnya tidak mengenali siapa pengarah film ini, tapi oleh kerana adik beradik lelaki keluarga sebelah mak aku boleh dikatakan 70% mencari sesuap nasi dalam bidang ini, aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang mereka lalui dalam kerjaya ini. Kenapa sebenarnya mereka pilih kerjaya ini.

Keluarga mak aku besar. Atuk ada 2 isteri. Isteri pertama ada 11 anak. Isteri kedua juga ada 11. Total 22 orang semuanya. Pakcik-pakcik aku dari kecil sudah muak hidup dalam hutan, sungai, bukit bukau, gelap, duri dan sebagainya bahkan mereka semua ini menjadi saksi saat kedatangan komunis menjajah tanah air kita. Apabila mereka berganjak dewasa, hampir semua daripada mereka memilih kerjaya sebagai tentera. Sama ada tentera laut mahupun darat.

Aku pernah bertanya kepada isteri salah seorang pakcik aku yang tentera. Best ke dapat husband tentera? Nak tahu dia jawab apa ? "Antara semua isteri di dunia, sebenarnya isteri para tent…

Budak UPSR rupanya

Imej
Seorang photographer dapat whatsup dari customer menarik awal tempahan. Tak pasti berapa nak cas deposit ye. Rupanya masih budak bawah umur yang berjinak-jinak dalam erti percintaan. Belajar dulu dik baru fokus nak kahwin. Jom baca whatsup dia di bawah.



Tak rugi kalau banyak membaca

Imej
Negara-negara luar semua kempen pasal kegunaan straw adalah bahaya pada hidupan laut seperti ikan dan penyu. Tetapi berbeza dengan Malaysia rata-rata mengecam tindakan kerajaan kononnya pengunaan straw menyusahkan rakyat. Banyak negara luar menyokong kempen tersebut Malaysia masih lagi ketinggalan ke belakang. Mungkin anda boleh lihat sendiri gambar yang berbicara.


















Jangan bawa anak kecik mandi sungai

Imej
Pulangkan, DIA ANAK KU (SERAM 😭)

Pagi semalam family kak ida pi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pi tempat macam tu.memang dah lama tak pi.. bila dok bincang nak berkelah..kak ida join la dan memang siap siap celak kan anak anak kak ida.

Masa mandi..bagi #RawdaDinara mandi sekali. Dia menanggis sebab sejuk so letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang abang dan sepupu2 dia mandi.. kami enjoy berkelah makan nasi mandi sama sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju rawda. Mak kak ida kata awat biru rawda ni... kami ingat dia sejuk sampai biru..dia senyap ja maaa tu .tak nanggis..

Pastu naik dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek..kak ida bagi susu dan dia tidur.  Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tetiba.. so balik tu kak ida pon penat ..tidur la dengan dia.. petang sikit dia bangun..dia menanggis tak henti henti.
Tutup mata... tak mau dok dalam bilik..kena berdukung jaa...

Tak apa lah.. benda ni berlarut sampai malam...kak ip…

Main kutu satu kesalahan

Imej
Main kutu satu kesalahan - JSJK

KUALA LUMPUR: Main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.

“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyer…

Cinta hingga ke jannah

Imej
Seorang wanita yang masih setia terhadap pasangan. Walaupun suami menghidap sejenis penyakit misteri tetapi perasaan cinta beliau masih kuat. Ramai nitizen puji sikap wanita tersebut berlaku di negara jiran Thailand.













Wahai melayu inikah bangsaku..

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sempena ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.

Dr Mahathir berpendapat, setiap orang Melayu perlu berani mengaku kesalahan untuk melangkah ke hadapan dan memperbetul kesilapan supaya mendapat nikmat oleh Allah SWT.

Berikut kesalahan orang Melayu yang disenaraikan oleh Pengerusi BERSATU yang juga penulis Dilema Melayu itu:

PERLU RAJIN

1. Orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain
2. Orang Melayu tidak ambil berat tanggungjawab
3. Orang Melayu kurang meneliti sebelum buat keputusan dan bertindak
4. Orang Melayu kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk buat keputusan
5. Orang Melayu lebih suka serah kerja kepada orang lain
6. Orang Melayu cepat menuntut hak. Mahu gaji tinggi tetapi kerap bawa M.C. apabila tidak hadir bekerja

"Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari…

UMNO dan PAS sudah berkawan

Imej
Begitulah keakraban PAS dan UMNO sebagai 2 sabahat yang begitu akrab. Mementingkan ajaran Islam dalam perlaksanaan. 60 tahun bermusuh kini mereka bersatu untuk menentang pimpinan kerajaan. Motif utama mereka adalah untuk merampas tahta kerjaan dari Pakatan Harapan. Jom sama-sama kita lihat perjalanan mereka dan rancangan mereka selepas ini.





Mungkin anda bertuah sebab kerja kerajaan

Imej
Semoga para penjawat awam yang lalai (lupa diri / x sedar diri) diatas nikmat yang didustakan lalu bongkak meninggi diri dengan orang awam segera bermuhasabah diri.

Kepada para penjawat awam yang mengamalkan nilai2 murni dan positif ketika bekerja, gandakan lagi segala nilai2 murni dan positif yang kalian amalkan agar dapat membakar semangat mereka yang lalai ini.

Kerana mereka yang lalai didalam sektor perkhidmatan awam ini jumlahnya telah melebihi kalian yang benar2 ikhlas, tekun, rajin, penyabar dan yang bekerja kerana Allah S.W.T.

Waktu rehat mereka sepatutnya jam 1pm, tetapi tutup pada jam 12.55pm. Jam 2pm sepatutnya beroperasi kembali namun 2.05pm pintu masih lagi belum dibuka walaupun dah jelas kelihatan lautan manusia beratur panjang dihadapan pintu.

Setelah dibuka, kaunter yang banyak ibarat hiasan nan indah kerana hanya 3/10 sahaja kaunter dibuka. 10 minit atau lebih kemudian, barulah kelihatan mereka2 yang lalai ini masuk berlenggang pinggang ketawa sesama mereka dan akhir…