8 produk sardin ada cacing

by - Jun 28, 2018

[UPDATE] 8 Produk Ikan dalam Tin Mengandungi Cacing Mati

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan.

Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi cacing sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC,

Hasil pemantauan terkini mendapati produk produk berikut juga telah di kesan mengandungi cacing yang telah mati;

- ikan sardin jenama Cinta
- ikan sardin Sea Fresh
- ikan sardin HS Brand
- ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup
- ikan mackerel Bintang
- ikan mackerel TC Boy
.

Apakah Tindakan Yang Telah Dilakukan?

Syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.

Tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
.

Adakah Cacing Mati ini memudaratkan kesihatan?

Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Apakah Tindakan Sekiranya Peniaga Masih Menjual Produk ini?

Mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

https://kpkesihatan.com/2018/06/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-jun-2018-perkembangan-terkini-isu-cacing-mati-ditemui-dalam-produk-ikan-dalam-tin/

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0