Sayunya hati..


sayunya hati...

23 March 2018..
Duhai isteriku, aku mengerti. Apa rasaku tidaklah sama dengan apa rasamu. Namun jauh di sudut hati sang suami mu ini mahu kau selamat, mahu kau bahagia dan selalu terlindung dalam redhaNya.

Moga Allah tidak jemu melimpahkan rahmatnya ke atas mu.

29 April 2018..
Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.
Berehatlah permaisuri hatiku.

Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.

Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.

Al - Fatihah.

credit : mohd armin
 (isterinya meninggal kerana kanser payudara)

Ulasan

  1. Moga Allah anugerahkan ganjaran Syurga buatnya..

    BalasPadam

Catat Ulasan