Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Hospital swasta ke hospital kerajaan

Imej
Seronok hospital swasta ni suami boleh teman isteri bersalin siap ada katil single. Siap ada almari,meja solek dan sofa bagai macam dalam hotel. Harga pun boleh tahan mahal hehe...


Teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Gleneagles Medini untuk LSCS. Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yg awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”. Aku pun tanya lah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata dia ada lalu kat depan Gleneagles masa Gleneagles belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nk anak, suami dia kena bawa dia beranak kat Gleneagles.
Lepas aku dah pulangkan IC, isteri dia terus duduk kat sofa tempat menunggu sementara aku nak settlekan pasal bed & deposit dgn suami dia. Aku pun cakap kat suami dia yang aku kena collect deposit RM8,000 sbb ikut hospital policy, mmg kena bayar deposit atleast 80% from the total estimated procedure cost (policy masa tahun 2016). Dia memang book single ward masa tu. Suami dia…

Menteri makan nasi bungkus demi pilihan raya

Imej
Pilihan raya adalah penentu masa depan negara 5 tahun lagi. Masihkah kita nak lihat parti BN meneraju lagi 5 tahun lagi atau sebaliknya. Inilah masanya menteri akan memainkan peranan meraih undi. 

Walaupun ada sifatkan BN akan kalah tetapi kena ingat persaingan 3 penjuru lebih menguntungkan BN sebenarnya. Walaupun gst dikenakan tetapi dengan BRIM dapat memberi semangat pada rakyat untuk turun mengundi.

Marilah kita sama-sama tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tanpa undi dari anda mereka tidak akan berjaya hidup mewah sehingga kini. 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat untuk anda berbakti pada negara tercinta Malaysia.



Pasangan arwah kemalangan motorsikal

Imej
Sudah ketentuan Ilahi, pasangan suami isteri meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dekat Kampung Datuk Harun, Petaling Jaya.  Ketika kejadian, Umar Hanafi bersama isteri menunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur menghala ke Subang Jaya sebelum terbabas.
Apa yang paling menyedihkan, status terakhir yang si ibu di Facebook menasihati anak-anak supaya berkasih sayang seakan memberi gambaran mereka akan ‘pergi’. Sebak! Kejadian yang meragut nyawa pasangan suami isteri itu menyebabkan tiga orang anak masing-masing berusia setahun, lima dan enam tahun yatim piatu sekelip mata. Anak paling kecil berumur setahun masih susu badan belum pernah guna susu formula. Al-fatihah untuk arwah juga merupakan staff astro.

Jodoh itu rahsia Allah

Imej
Jodoh itu rahsia Allah, Tak semestinya setiap perhubungan itu berakhir dengan perkahwinan..jika dimudahkan kita syukur , jika diuji kita sabar...

Sabar dari terjebak mencari kesilapan orang lain. sebaiknya berhentilah seketika, muhasabah dimana kesilapan kita yang perlu diperbetulkan..

Hubungan yang baik itu perlu dewasa, supaya diwaktu suka itu kita berpada, di waktu benci itu kita menghormati. dan ingatlah bahawa jodoh itu bukan menanti kesesuaian, Tetapi berusaha mengenal dan menyesuaikan...

Hebat kuasa Allah

Imej
Bayi lahir sambil pegang alat perancang keluarga IUCD!

Seorang wanita di Texas rasa terkejut apabila diberitahu beliau mengandung, sedangkan empat bulan sebelumnya beliau telah memasang alat pencegahan kehamilan iaitu ‘Intrauterine Contraceptive Device’ (IUCD) yang dimasukkan oleh Doktor ke dalam rahim wanita berkenaan.

Beliau dan Doktor yang menyambut kelahiran bayi  bertambah terkejut kerana bayi yang dilahirkan masih memegang alat pencegahan kehamilan IUCD tersebut!

Manusia hanya mampu merancang..
Tapi perancangan Allah adalah lebih baik
Tidak semua peralatan moden dapat membantu apa yang diinginkan...


Harga promosi Ombak Villa Langkawi

Imej
Dapatkan harga terbaik dari dari Ombak Villa Langkawi. 10% discount from Best Available Rate with the promo code CELCOM17 at www.ombakvillalangkawi.com to book. The promotion is valid until 25/9/2018. Sincerely, Celcom. T&C apply.