3 hari demam terus meninggal

by - Februari 25, 2018

Langsung tak nampak petanda dia nak pergi jauh,” demikian kata Shiffa, sepupu kepada arwah Zarif Zawari, yang berusia lapan bulan meninggal dunia selepas 3 hari demam biasa mengundang perasaan simpati netizen di laman Twitter.

Sayu melihat gambar wajah arwah adik Zarif yang mengalami demam selama tiga hari sebelum pergi buat selama-lamanya. Menurut Shiffa, sebelum itu baby Zarif masih mampu untuk senyum dan gelak ketawa bersama keluarganya.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Pagi yang hiba, sepupu saya dah tak ada jam 3.30 pagi tadi (21 Januari 2018). Syurga buatmu, Zarif Zawari.

“We just lost the happiest kid in our family. I just can’t imagine how his mom’s feeling right now. Again, thanks for those yang ucapkan takziah. And for those yang tertanya arwah sakit apa, arwah tak sakit apa pun. Cuma demam panas.

“Hari pertama masih boleh senyum gelak-gelak. Tak ada langsung petanda nak pergi jauh. Hari ketiga demam, arwah pergi. It happened so fast. Like out of sudden, he just  gone. Rasa sekejap sangat. Please beritahu ini semua mimpi.



“I just can’t help myself to stop thinking and crying dari tahu dia dah tak ada sampailah sekarang.  Ketiadaan dia sangat-sangat memberikan kesan sebab dia baik sangat-sangat. Masa demam pun dia masih boleh gelak-gelak lagi. Tetapi Allah lebih sayangkan dia. So He took him back.

“Anyway thank you. Kalau baby demam, please bawa pergi ke hospital segera,” katanya.

Takziah buat keluarga arwah Zarif, semoga ibu bapanya tabah menghadapi dugaan ini dan juga semoga Allah gantikan musibah ini dengan yang lebih baik.

Sumber Instagram Shiffa via TheReporter

You May Also Like

3 comments

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Aamiin

    BalasPadam
  2. semoga rohnya dicucuri rahmat ... kecik lagi .. hati orang tua mana yang tak sayu...

    BalasPadam
  3. Hey, know About Asaduzzaman Noor biography? Visit Our Website To Read this article.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0