Ok ke bawa anak tidur sekali

by - Januari 13, 2018

Co-sleeping atau amalan anak-anak tidur sekali dengan ibu bapa sebenarnya boleh mempengaruhi tingkahlaku dan perangai anak dalam 9 cara ini!

Co-sleeping, amalan anak tidur dengan ibu bapa

Co-sleeping adalah amalan di mana bayi atau kanak-kanak kecil tidur bersama ibu bapa mereka.

Di kalangan ibu bapa, terdapat dua pendirian mengenai amalan ini: ada yang tidak setuju anak tidur dalam katil yang sama dan ada pula yang tidur bersama anak mereka setiap malam. 

Sebenarnya, ramai sudah tahu co-sleeping melonjakkan risiko SIDS atau ada juga berlaku kes ibu terhempap anak.

Tapi, untuk tidur bersama anak dengan selamat, ada caranya.

Satu lagi faktor yang menimbulkan rasa bimbang antara ibu bapa ialah bagaimanakah perangai anak jika mereka mengamalkan co-sleeping

Adakah anak akan menjadi terlalu lekat dan tidak berdikari jika mereka selalu tidur bersama? 

Menurut artikel dalam Psychology Today oleh ahli psikologi klinikal dan pakar gangguan tidur Michael J Breus, kajian 2011 menunjukkan berkongsi katil tak akan memberi kesan negatif kepada perkembangan kognitif atau tingkah laku anak.

Malah, co-sleeping boleh mempengaruhi perangai anak anda dalam 9 cara ini:

#1 Mereka akan mempunyai harga diri yang lebih tinggi

Menurut Healthy Child, kajian mendapati anak lelaki yang tidur bersama dengan ibu bapa mereka sejak lahir hingga ke usia 5 tahun, mempunyai harga diri yang lebih tinggi.

#2 Mereka akan bersikap lebih terbuka terhadap kasih sayang

Kanak-kanak yang mengamalkan co-sleeping mungkin sebab utama mereka menjadi orang yang suka berpeluk apabila sudah dewasa nanti.

Kajian yang sama juga mendapati kanak-kanak yang tidur co-sleeping akan rasa lebih selesa dengan hubungan fizikal dan kasih sayang sebagai orang dewasa.

#3 Mereka lebih cepat berdikari

Ramai ibu bapa bimbang co-sleeping akan menyebabkan anak bergantung kepada mereka dalam tempoh yang lebih lama.

Walaubagaimanapun, menurut University of Notre Dame’s Mother-Baby Behavioral Sleep Lab, apabila anak tidur bersama ibu bapanya, ini akan menghasilkan sikap berdikari dan kemampuan diri.

Psychology Today juga berkata co-sleeping tidak akan mempengaruhi perkembangan anak untuk berdikari dan belajar tabiat tidur yang baik.

#4 Mereka akan berkelakuan baik di sekolah

Menurut Dr Sears, kelakuan kanak-kanak di sekolah didapati lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidur bersendirian.

Sebuah kajian oleh J.F Forbes juga mencatatkan: kanak-kanak yang mengamalkan co-sleeping telah menerima penilaian yang lebih tinggi dari guru mereka.

#5 Mereka kurang masalah mental

Dr. Sears mendapati kanak-kanak ini juga menunjukkan kurang masalah psikologi.

Kanak-kanak dengan masalah mental yang dikaji didapati tidak tidur bersama ibu bapa mereka dengan kerap.

#6 Mereka lebih bersikap positif

Kanak-kanak co-sleeping akan tidur dengan lebih cepat dan rasa lebih selamat apabila berdekatan dengan ibu bapa mereka. 

Kanak-kanak yang cukup tidur dan tidur dengan baik akan mempunyai sikap yang lebih positif daripada kanak-kanak kurang tidur sepanjang malam.

#7 Mereka lebih gembira

University of Notre Dame mencatat kajian yang dilakukan oleh P. Heron yang menunjukkan kanak-kanak yang tidak pernah tidur di katil ibu bapa mereka kurang bahagia, selalu buat perangai, dan berasa lebih takut berbanding dengan kanak-kanak co-sleeping!

#8 Co-sleeping boleh mengurangkan kebimbangan

Apabila tidur bersama ibu bapa, ini akan membuat mereka berasa kurang bimbang atau takut.

Kanak-kanak co-sleeping juga jarang menunjukkan masalah tidur jangka masa panjang, menurut Dr. Sears. 

#9 Mereka berasa lebih diterima

Menurut Healthy Child, kanak-kanak yang tidur bersama berasa lebih diterima kerana berasa seolah-olah ibu bapa faham keperluan mereka.

Ini akan menolong mengeratkan lagi hubungan positif antara ibu bapa dan anak.

You May Also Like

1 comments

  1. Sokong kenyataan dorang, nanti sampai umur patut dipisahkan baru la kita pisahkan...

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0