19 hari tak makan masih hidup

by - Januari 21, 2018

KUANTAN - Ketika mengharungi segala kepayahan selama 19 hari sesat di hutan, Nur Umaisarah menceritakan detik-detik cemas yang dilalui gadis itu hingga hampir meragut nyawanya.

Semuanya berlaku ketika beliau mencari jalan keluar dengan meniti batu untuk melintasi sungai.

"Saya terpaksa meniti batu untuk melintas sungai. Tiba-tiba saya tergelincir dan nyaris lemas.

"Saya tanggalkan tudung untuk memudahkan pergerakan, kasut dan cermin mata pula terlucut semasa berada dalam air. Apabila sedar, saya sudah terdampar di atas batu besar di tepi sungai," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Selepas peristiwa itu, beliau berehat selama lima hari untuk mendapatkan secukup tenaga bagi meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Tahan supaya mudah dikesan penyelamat.

Sebelum itu, dalam tempoh sesat di hutan itu, Umaisarah, 21,memberitahu, beliau tidak makan apa-apa tetapi hanya minum air Sungai Pahang sepanjang 19 hari beliau sesat di Gunung Tahan sejak 7 Februari 2008 lalu sebelum ditemui.

Menceritakan pengalamannya, gadis itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan.

"Beg saya jatuh gaung pada hari pertama saya sesat, bekalan makanan semua habis disebabkan itu. Untuk terus hidup, saya hanya minum air sungai," ceritanya lagi.

Tambahnya, beliau terpaksa berlapar kerana tidak tahu sumber hutan yang boleh dijadikan makanan selain terpaksa meredah belantara sejauh 15 kilometer setiap hari.

"Nak makan buah hutan pun takut beracun, saya cuma berani minum air sepanjang mencari jalan keluar menyusuri sungai," jelasnya sambil memberitahu menjadikan batu-batu besar di tepi sungai sebagai tempat tidur.

Tambahnya, beliau pernah beberapa kali terdengar bunyi helikopter di ruang udara sepanjang usaha mencarinya dijalankan pasukan penyelamat terutama pada hari ke-14.

"Ada juga dengar bunyi macam helikopter selepas dua minggu sesat, tapi saya sangka itu bunyi air terjun dan bunyi air sungai. Lagipun saya memang ikut laluan sungai selama 19 hari," katanya.

Namun begitu beliau bersyukur kerana tidak terserempak dengan binatang buas.

"Alhamdulillah saya tak terserempak dengan binatang buas. Bunyi binatang buas pun tak ada. Hanya bunyi cengkerik," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh daripada batu besar.

"Saya teruskan perjalanan. Saya hanya berjaya menemui trek laluan pada hari ke-17 dan kekal berjalan mengikut trek sehingga ternampak kelibat sekumpulan manusia.

"Selama dua hari saya ikut trek tanpa menghiraukan rasa lapar dan dahaga. Pada hari ke-19 barulah saya ternampak kelibat manusia setelah tersesat sekian lama," katanya. Klik ebook untuk ikuti kisah beliau. Klik fb untuk lihat video dari facebook.

Sumber - ebook
Facebook - fb

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0