Nak makan durian mahal

by - Disember 25, 2017

Perjuangkan Hak Pengguna (Juga Peminat Durian)!

Hari ini saya nak kongsi pengalaman beli durian timbang kilo.

Tadi saya ke pasar malam dekat dengan rumah, nampak orang mengerumun penjual durian. Saya fikir ada lelong atau jualan murah, tapi rupa-rupanya harga sama macam di tempat lain. Tadi harganya untuk durian kahwin RM20 sekilogram, durian kampung RM15 sekilogram.

Saya dah lama teringin nak makan dan beli. Jadi fikir punya fikir, belilah sebiji. Sebiji untuk makan seorang, cukuplah. Ditimbang, beratnya sekilogram setengah menjadikan harganya RM30. Mahal? Entahlah, pada waktu itu memang terpaksa rela.

Balik rumah, buka pangsa satu-satu, kira bilangan ulas yang dapat dengan harga itu. Jawapannya 9 ulas pelbagai saiz. Mujur rasanya sedap.

Kemudian saya bereskperimen untuk menunjukkan berbaloi atau tidak RM30 saya tadi untuk sebiji durian kahwin dengan 9 ulas isinya? Nah, tengok dalam gambar. Apabila saya timbang, kulit durian itu sendiri sahaja dah seberat 1.2 kilogram bersamaan hampir RM24. Jadi, saya keluarkan duit untuk membayar kulit durian yang kemudiannya dibuang?

Sepatutnya jualan durian timbang kilo macam ini perlu difikir-fikirkan semula. Durian itu buah tempatan, bukannya macam kiwi, aprikot, blueberry, raspberry yang perlu diimport.

Persatuan pengguna seperti FOMCA dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor agrikultural seperti FAMA malah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak boleh berbuat apa-apakah dalam perkara ini?

Rakyat Malaysia rata-ratanya peminat durian dan musim durian sendiri ditunggu-tunggu tetapi kalau harga durian itu sendiri bukan harga mampu milik untuk semua lapisan masyarakat, mungkin ramai yang tidak berpeluang merasa keenakan si raja buah.

Anda semua setuju dengan jualan durian dengan harga timbang kilo?

You May Also Like

2 comments

  1. Nak wat macam mana, raja buah ni semakin hari semakin mahal. Dulu-dulu selonggok cuma sepuluh hengget je. Lepas tu naik kepada 4 biji sepuluh.. Tahun ni timbang kilo la pula. Tahun depan entah macam mana pula harga dia.
    Alhamdulillah, saya sempat merasa durian kampung dengan harga RM12 sekilo. Boleh la sekadar nak hilangkan kempunan.

    BalasPadam
  2. Kat sini rm10 4 biji....tapi durian biasa ja..

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0