Duit selalu tak cukup

by - Disember 02, 2017

Admin tolong hide facebook saya, begini ceritanya. Duit saya selalu tak cukup. Tak tau kenapa cepat sangat mengalir nak kata selalu shoping jarang sangat la.

Wife pulak jenis suka berbelanja barang yang tak perlu. Kalau buka page lazada mesti ada je di beli. Shopee la itu la ini la sampai posmen pun senyum hantar barang. Macam posmen tu kerja ngan company kita org.

Tak dinafikan wife saya gaji lebih tinggi dari saya. Pernah tegur suruh kuranglah belanja jawapan dia duit suami duit dia. Duit dia duit dia la.

Saya ini sangat sabar orangnya duit saya hanya byr duit kereta dia dan duit kereta saya. Top up sikit untuk insuran anak dan barang dapur. Duit dia bayar taska dan duit rumah. Api, air bil sy byr.

Byk kali gak gaduh pasal duit x cukup. Tengok2 hujung bulan duit saya dlm bank rm0 tapi dia masih ada rm800 lagi. Dia bagi kat adik beradik dia. Saya minta tak kasi sampai hati dia.

Tujuan saya cerita bukan nak burukkan isteri saya cuma terfikir ada ke suami yang senasib dgn saya. Terima kasih page krt siarkan luahan hati saya ye.

Sumber:- krt

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0