Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Saje nak share

Imej
Assalamualaikum. Saja nak share... Kalau ada sapa2 nak beli rumah, try la mohon *MyDeposit*. Cer google *MyDeposit* (bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan). Kerajaan akan bayarkan deposit max RM30,000. Free, tak payah bayar balik. Antara syaratnya, mesti rumah pertama & bukan rumah2 let say Prima, PPA1M ke. Tadi saya borak2 dgn member, dia jaga *MyDeposit* ni. Dia cakap yg ramai mohon Cina. Ramai org melayu tak tau peruntukan ni.
.
Banyak sangat pertanyaan berkenaan MyDeposit! Please be alert kalini k!! Jangan terlepas lagi.Akan dibuka permohonan 15 December ini 10:00am sehingga 15 Februari 2018.Pengalaman sebelum ni kuota untuk MyDeposit cepat betul dah habis.Ya MyDeposit ada peruntukan kuota.Untuk mengetahui anda layak atau tidak boleh layari https://sprn.kpkt.gov.my/info/mydepositMaklum pada rakan-rakan yang nak beli rumah, ahli keluarga dan seangkatannya!

Dah mkn tak nak bayar

Imej
Salah seorang mangsa di facebook berasa terkilan ada segelintir individu yang makan tetapi tidak bayar dan terus lari.Beliau mengalami kerugian sebanyak rm92.50. Terpaksa menanggung kerugian dab amat kesal masih ada lagi individu yang berperangai seperti ini.Kejadian berlaku di sebuah restoran di Negeri Sembilan. Kejadian berlaku pada hari Jumaat 5.48petang 1 keluarga datang untuk makan. Mereka pergi seorang demi seorang tanpa membuat bayaran langsung.Pemilik facebook Shazleen berkata mungkin kesilapan pihak restoran tidak teliti sanggup jadi darah daging. Kalau setakat rm10,rm20 saya boleh suruh cuci pinggan cara baik. Shazleen kesal dengan apa yang berlaku hanya menganggap bukan rezekinya.

Israel cakap besar

Imej
Satu kenyataan berani dari Israel dalam facebook Jews News mengatakan bahawa israel mampu menyerang Malaysia hanya dalam 1 saat.Terdapat banyak komen negatif dan positif. Salah seorang nitezen dari pakistan berkata. Malaysia tidak bersendirian Malaysia ada Pakistan. Warga pakistan Abdul Basit Kiyani berani berkata beliau boleh serang Israel hanya dalam setengah saat sahaja.Ada juga komen yang beritahu bahawa Israel tanpa Amerika Israel tidak mempunyai apa2 kuasa langsung. Katanya yang merujuk pada artikal Jews News. Adilah Ayob Khan wakil dari Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih pada Abdul Basit atas keberanian beliau. Dan beliau menambah Israel adalah sebuah negara yang pengecut.Penyokong Israel Mazi Samuel beritahu agar Abdul Basit diam dan tidak berkata. Tetapi komen Mazi Samuel hanya diketawakan dan langsung tidak di ambil kisah.Sumber - fb jews news

Arab saudi berkerjasama dengan amerika

Imej
Ramai yang kecam apabila Najib perdana menteri Malaysia bekerjasama dengan Donald Trump yang menganggap Trump merupakan anti islam yang kejam dan tidak patut berkerjasama.Tetapi Negara islam Arab Saudi pula hari ini berkerjasama dengan Trump. Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman telah ditemani oleh sepupunya sendiri ahli perniagaan terkaya arab saudi Putera Mutaib bin Abdullah dan gabenor Putera Turki bin Abdullah.Antara topik dibincangkan adalah kes rasuah di Arab Saudi yang di reka sendiri oleh menteri Arab Saudi. Orang yang menentang kepimpinan Arab Saudi semua di tangkap tanpa dibicara undang2. Tujuan mereka ditangkap kerana cuba menggulingkan tahta menteri. Menteri juga telah dipercayai menyelewang US17 billon dari duit rakyat Arab Saudi.Putera Arab Saudi memerlukan hubungan baik dengan Trump supaya hubungan 2 hala terjamin agar Trump menghulurkan bantuan ketenteraan kepada Arab Saudi. Telaga minyak berjumlah $2 trillion juga diberi lampu hijau kepada pasaran utama New York …

Kajang 2

Imej
Bandar kajang 2 adalah salah satu projek yang cukup di nantikan. Kawasan perumahan yang cukup eksklusif. Pembangunan terancang yang amat menarik.Kos rumah di kajang 2 adalah kos rumah yang amat tinggi dan tak masuk akal pendapatan isi rumah hendaklah melebihi rm12,300 sebulan.Bandar kajang 2 dilengkapi fly over dan mrt yang memudahkan kawasan perumahan di samping lampu jalan yang lengkap. Shoping complex yang amat besar untuk membeli belah.

Menangis kerana ruam

Imej
MENANGIS KERANA RUAM😭😭😭Kesian kan bagi anak-anak yang berkulit sensitif ni.. Penuh ruam especially kalau panas.. Then mulalah tu merengek.. Bila berpeluh-peluh, ruam cepat jak naik kat badan..😥😥😥
kesian tengok anak bila anak menangis tahan gatal, pedih ruam tu.Mujur si ibu terfikir nak cuba ikhtiar dengan
sabun Marine Essence,
3 or 4 kali sapu jak ruam dah beransur pulih..😁😁Ibu-ibu jangan risau, Sabun ME ni bebas bahan kimia berbahaya,  kaya dgn khasiat & terbukti keberkesanannya.
Semua memang boleh guna.. sesuai untuk muka, untuk badan, dari bayi hinggalah ke dewasa.RM120 (sm)
RM122 (ss) 📱www.wasap.my/60128554078#ProjekSTG
#ElitKingdom
#ElitPecut
#ElitDuit
#TheMagicOfPartTime

Blogger tolong hentikan fitnah mcdonald

Imej
Kuala Lumpur, 10 Dis: McDonald's Malaysia semalam menafikan dakwaan palsu yang mengatakan kononnya pihaknya ada menyalurkan dana kepada Israel.Menerusi satu posting di Facebook rasminya, McDonald's Malaysia juga sempat menzahirkan rasa kecewa mereka apabila ada seruan untuk memboikot restoran mereka."McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini."Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini.Menafikan tuduhan itu, McDonald's Malaysia berkata sebenarnya McDonald's di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd - satu syarikat yang 100% milik tempatan dan pemegang saham terbesarnya adalah beragama Islam."

Berani kerana benar

Imej
Baru2 ini kecoh pasal israel ambil alih palastine. Yang sedihnya di sokong pula oleh donald trump presiden US. Melampau kenapa negara islam ditindas.Najib perdana menteri Malaysia hanya membangkang tindakan keras tentang pengambil alihan israel pada negara islam palastine. Konon tolak sekerasnya baitul maqdis menjadi ibu negara israel langsung tak sebut nama donald trump. Mungkin takut hubungan baik Malaysia dan Amerika terganggu. Tengok riaksi Mahathir bekas perdana menteri berani memberitahu tindakan amerika adalah amat kejam. Siap guna bahasa inggeris supaya di faham oleh presiden amerika donald trump. Berani kerana benar untuk menegakkan negara islam.

Jom layan movie korea

Imej
Jika anda peminat cerita korea andalah yang kami cari. Minggu cuti sekolah anda kini terisi dengan slot movie korea terus ke kaca tv anda. Salah satu siaran hd movie korea yang terbaru dari astro Channel 435 tvn movie. Dari filem cinta, aksi semua ada pasti menyentuh hati anda.Tak perlu buang duit ke korea dengan kos yang tinggi peluang anda hanya duduk di kaca tv dari 23 disember 2017 sehingga 1 jan 2018. Waktu siaran setiap 10 malam. Kalau berminat letak no akaun astro anda diruang komen. Admin akan hubungi dengan kadar segera.

Anak di patuk ular

Imej
#PERAK  04/12/2017Marilah kita bersama mendoakan keselamatan seorang kanak2 berumur 2 tahun yang telah di patuk ular. kejadian berlaku pagi tadi, sekarang sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Kejadian berlaku di Persiaran Putra 9, Bandar Baru Putra Ipoh . Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) di panggil untuk menangkap ular tersebut dan ular tersebut telah dibawa ke hospital bagi pengesahan jenis ubat.

3 beradik yatim piatu

Imej
Tiga beradik yatim piatu Muhammad Daris Wafiy (10 thn)  dan dua adiknya Muhammad Daris Rayyan (9) dan Muhammad Daris Amsyar (5) merenung sayu jenazah kedua ibu bapa serta adik bongsu mereka ketika disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Lekir, Manjung Perak. Dalam kemalangan awal pagi semalam, tiga beranak iaitu Azilina Abdul Aziz  dan suami Sairul Azuan Nadzim serta anak ke 4 mereka, Mohd Daris Iffat (3 bulan)  maut selepas kereta yang dipandu terbabas dalam kemalangan di KM 21, Jalan Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan.Alfatihah...
Sumber - bernama

Duit selalu tak cukup

Imej
Admin tolong hide facebook saya, begini ceritanya. Duit saya selalu tak cukup. Tak tau kenapa cepat sangat mengalir nak kata selalu shoping jarang sangat la.Wife pulak jenis suka berbelanja barang yang tak perlu. Kalau buka page lazada mesti ada je di beli. Shopee la itu la ini la sampai posmen pun senyum hantar barang. Macam posmen tu kerja ngan company kita org.Tak dinafikan wife saya gaji lebih tinggi dari saya. Pernah tegur suruh kuranglah belanja jawapan dia duit suami duit dia. Duit dia duit dia la.Saya ini sangat sabar orangnya duit saya hanya byr duit kereta dia dan duit kereta saya. Top up sikit untuk insuran anak dan barang dapur. Duit dia bayar taska dan duit rumah. Api, air bil sy byr. Byk kali gak gaduh pasal duit x cukup. Tengok2 hujung bulan duit saya dlm bank rm0 tapi dia masih ada rm800 lagi. Dia bagi kat adik beradik dia. Saya minta tak kasi sampai hati dia.Tujuan saya cerita bukan nak burukkan isteri saya cuma terfikir ada ke suami yang senasib dgn saya. Terima kasi…

Pesanan buat belum kahwin

Imej
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH d…