Phd usia 72 tahun

by - November 22, 2017

PhD usia 72 tahun !

Allah rezekikan kak Mun berjumpa dengan seorang yang sangat istimewa, inspirasi, dan menakjubkan! Beberapa soalan kak Mun ajukan pada beliau.

"Dr ambil bidang apa?"
- Pakcik ambil contemporary issues.

"Kenapa sambung belajar"
- Pakcik memang minat belajar. Rasa sayang sangat tak belajar. Selagi umur masih panjang, pakcik memang nak belajar lagi.."

"Dr. ambil mode apa? Ulang alik ke uia ke macam mana?"
- Mixmode. Research+subjek. Terkejut kan? Ya. Pakcik ulang alik dari Beranang ke Uia.

"Master di mana, bila?"
- Master kat uia jugak selama 2 tahun. Habis master, pakcik terus sambung Phd selama 5 tahun.

"Lepas ni dr. nak buat apa?"
- Lepas ni pakcik nak sambung belajar lagi. Tak kerja lagi la dengan usia macam ni..

Bayangkan.. Pakcik berumur 72 tahun habiskan master dalam masa 2 tahun dan sambung Phd sejurus selepas itu selama 5 tahun. 7 tahun berturut-turut belajar tanpa henti! MIXMODE ya tuan puan. Bukan COURSEWORK. 😥😥 Kak Mun panggil beliau doktor, tapi beliau masih menggelar diri beliau sebagai pakcik.

Kak mun belajar usia 23 tahun pun dah semput.. Allahu.. Apa yang kak Mun belajar harini.

- Tetapkan matlamat dan fokus pada objektif belajar dan hidup.

- Teguhkan semangat dan kekuatan dalaman. Usia bukan penghalang. Segala-galanya bukan penghalang untuk mencapai sesuatu!

- Jangan tengok orang lain! Boleh tengok orang lain untuk motivasikan diri. Tapi bukan LEMAHKAN DIRI.

- Jangan ikut orang/trend. Orang nak ambil master, kita pun nak. Orang sambung Phd, kita pun nak. JANGAN! Jangan buat sesuatu sebab orang lain buat jugak. Tetapkan tujuan buat sesuatu perkara sebelum diri binasa.

Kalau diberi kesempatan kepada anda berjumpa dengan beliau, APA SOALAN PERTAMA YANG ANDA AKAN AJUKAN?

Tahniah Dr. Ismail Bin Haron!

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0