Baby bro

by - November 23, 2017

Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, Astro menerusi platform Astro First Eksklusif (saluran 480) membawakan sebuah filem TV menarik bejudul 'Baby Bro'.

Menampilkan trio terhebat yang pernah menggegarkan industri perfileman tanah air dengan filem pecah panggung, 'Polis Evo 1' sebelum ini, 'Baby Bro' bakal menggandingkan semula Ghaz Abu Bakar sebagai Pengarah dan dua Hero Malaya, Zizan Razak dan Shaheizy Sam sebagai pelakon utama. Turut terlibat adalah pelakon wanita popular, Izara Aishah dan adik Qistina.

Filem tv bergenre komedi ini menjanjikan hiburan santai yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Jangan lupa saksikan 'Baby Bro' mulai 30 November ini di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan juga menerusi platform digital, 'on demand'.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0