Al-fatihah zamri adenan

by - November 04, 2017

ALLAHYARHAM Zamri Adenan, pekerja kilang simen yang terjatuh dalam tangki diesel akibat satu letupan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Rawang, Selangor, semalam dikatakan baru bekerja di kilang berkenaan.

Ibu saudaranya, Rohaya Yahya, 48, berkata, anak saudaranya itu bekerja tidak tetap di banyak syarikat.

"Saya diberitahu dia baru kerja di situ beberapa bulan lalu kerana kilang simen berkenaan terletak tidak jauh dari rumahnya yang baru dibeli di Rawang," katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Surau Haji Daud, di Kuala Terengganu, hari ini.

Menurutnya, Zamri mempunyai empat anak termasuk kembar berusia antara empat hingga 10 tahun dan jenazah anak saudaranya itu kemungkinan besar dikebumikan di Rawang kerana dekat dengan keluarga isterinya, Nadia Musa.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi isteri Zamri kira-kira 9 malam semalam sebelum memaklumkan kepada abang sulungnya yang juga bapa Zamri, Adenan Yahya, 64, yang tinggal di kampung sama.

"Sebaik menerima berita itu, tiga adik beradik Zamri iaitu Hakima Rohaizan, 38, Fatmawati, 35, dan Nor Sabrina, 28, bergegas ke Rawang pada 4.30 pagi tadi.

Antara mangsa yang lain Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam tragedi letupan tangki minyak. Mayat mangsa terakhir T. Baskaran, 49, ditemui pada 6.09.

Sementara itu, Nadia Musa, 35, isteri kepada Zamri Adenan, 37, reda apabila jenazah suaminya ditemui dan disahkan meninggal dunia.

Isterinya juga merupakan seorang blogger popular www.pinkymomma.com semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

You May Also Like

1 comments

  1. Salam takziah buat kak diya.. Semoga kak diya tabah setabahnya walaupun diuji dengan ujian paling berat macam ni. Semoga anak-anak kak diya adalah sumber kekuatan untuknya.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0