Doc saya x boleh tidur

by - Oktober 11, 2017

Hari ini, seorang wanita berumur 32 tahun datang mengadu tak boleh tidur, dan mahu ubat tidur. Kerjaya doktor ni bukan macam jual barang di supermarket, atau jual produk secara online. Customer nak, kita beri...apa jadi kat customer lepas tu lantak la.

Doktor perlu tanya itu dan ini, bukan sebab saja saja nak menyibuk kepohci. Lebih lebih lagi doktor General Practitioner, sebab kami lah doktor pertama yg pesakit jumpa utk dapatkan pendapat dan rawatan. Kami yg bertanggungjawab cuba cari diagnosis,dan yang mana perlu rawatan pakar, kami rujuk ke pakar. Bayangkan dari ibu mengandung, budak kecik,orang tua, kaki MC, sakit biasa, sakit buat buat, sakit kronik, sakit jiwa...tugas kami kena kenalpasti betul betul..tu sebab penting bertanya..proses History Taking nama nya....

" Doc I nak ubat tidur...dah seminggu I tak boleh tidur...badan pun sakit sakit penat ni siang pergi kerja..I cuba minum ubat batuk 1/4 botol dah 2-3 malam.."

I takde ubat tidur..lagipun, ubat tidur tu bukan penyelesaian nya...kita kena identify apa punca u tak boleh tidur...dan please stop taking those cough syrup...bla bla bla ( panjang la nasihat, jenuh aku nak taip kat FB.,...hahaha)

" I nampak budak berlari dalam rumah malam malam..so I tak dapat nak tidur...asyik terfikir fikir...terbayang bayang"

Wow! U baru nampak ke?

" I baru pindah rumah doc...dah seminggu pindah...malam pertama kat situ, masa nak tidur, i dengar bunyi budak lari lari kat luar bilik...I jengah, nampak kelibat budak kecik tengah berlari lari "

Rumah u kat mana? U tinggal sorang?

" I baru je pindah kat apartment yang lama, dekat dengan Endah Parade ..ya, I live alone "

Oooohh.... I tau kawasan tu..sebelah highway tu kan...dekat dengan Bukit Jalil.

"Yes...so sejak I nampak kelibat budak lari / main main tu, I malam malam memang tak boleh tidur"

Apa plan u? Apa yg u dah buat? Dah cuba baca Surah Al Baqarah or any ayat Quran dalam rumah?

" I dah baca Yassin doc...tapi lepas baca I jadi makin tak boleh tidur..hahaha...Tak kan I nak pindah "

Ye jugak, u baru seminggu pindah...mesti ada agreement menyewa at least setahun...U try la tanya ustaz ke...Pelik jugak, rumah tengah bandar pun ada hantu...hihihih..

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0