Artis satu Malaysia

by - September 13, 2017

Siapa sangka disebalik suara yang dikatakan sengau, suara tersebut membawa tuah buat Mohammad Aiman Bin Yusri atau lebih dikenali sebagai Aiman Tino.

Malah setiap ‘single’ yang dibawakannya pasti akan diterima oleh peminat-peminatnya.

Sebelum ini, Aiman pernah disenaraikan sebagai finalis Juara Lagu 2016. Ekoran kejayaan tersebut Aiman dihadiahkan sebuah kereta Audi RX8 bersama seorang pemandu peribadi kerana masih tiada lesen kereta ketika itu.

Terkini, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) sedang melancarkan projek plat pendaftaran khas,Artis 1Malaysia (A1M) bagi mencari dana membantu anak seni melalui projek itu.

Sebanyak 1,000 nombor siri plat khas ini ditawarkan bermula dari nombor A1M 1 hingga A1M 1000. Tender untuk pembidaan harga plat nombor A1M dibuka mulai pada hari ini sehingga 2 Oktober akan datang.

Menurut Presiden YA1M, Datuk DJ Dave, yayasan berkenaan telah memperoleh kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penjualan secara terbuka plat nombor siri edisi terhad ini.

“Idea untuk menjual plat nombor ini mendapat kelulusan daripada JPJ pada bulan Ogos lalu. Penjualan ini bagi mengumpul dana dan disalurkan kepada anak seni yang sakit, kematian dan melebihi usia 60 tahun.

“Selain itu, ia juga bersempena dengan genap usia lima tahun penubuhan YA1M sendiri. Kami sentiasa mencari peluang untuk menambah dana bagi membantu artis Malaysia yang kurang bernasib baik selama ini.“Hasil jualan akan digunakan sepenuhnya bagi bantu artis kita yang memerlukan dan bukannya untuknya kegunaan yayasan,” katanya ketika majlis sidang media praperasmian plat nombor A1M di Tune Hotel PWTC, di sini hari ini.

Menurut DJ Dave, YA1M sentiasa mencari peluang untuk menambah dana yayasan dan menjelaskan bahawa dana ditawarkan itu sangat penting apatah lagi ia menolong artis seluruh tanah air termasuk Sabah dan Sarawak.

“Sejak ditubuhkan pada 2012, kami sudah bantu lebih 900 artis. Penggiat seni boleh beli plat ini dengan diskaun khas buat mereka. Untuk orang awam pula, mereka cuma perlu bayar 10 peratus wang pendahuluan,” katanya.

Beliau menambah, borang pembelian plat nombor tersebut juga boleh didapati dengan memuat turun menerusi laman sesawang www.plata1m.com.my atau terus hadir sendiri di Tune Hotel PWTC, Jalan Putra.

Bagi menyokong usaha tersebut, penyanyi yang berusia 19 tahun ini berminat untuk mendapatkan plat A1M yang juga melambangkan tiga abjad pertama namanya.

Menurut Aiman, nombor plat tersebut akan digunakan untuk kereta baharu beliau jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang akan diperoleh pada minggu hadapan.

Tambah penyanyi yang kini sedang giat mempromosikan lagu terbaru beliau, Ku Hanya Sayang Padamu beliau kini sudah mempunyai lesen memandu dan lebih suka memandu sendiri jika tidak terikat dengan sebarang acara.

Sebelum ini, Aiman telah muncul dengan minyak wangi dan koleksi kurta berjenama sendiri, akan datang pada November ini adalah pakaian seragam sekolah Aiman yang boleh didapati di pasaraya Mydin yang terpilih. Pendapatan Aiman kini mencecah rm50k sebulan. Satu lagu Aiman berharga 5k atau lebih dalam satu pentas. Bertuahnya Aiman.

You May Also Like

8 comments

  1. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yg tahu.

    BalasPadam
  2. Hebat adik ni , muda muda lagi dah terkenal popular...hebat anak melayu..Moga2 adik lebih berjaya lagi

    BalasPadam
  3. Aiman Tino dulu samar-samarnya. Sekarang makin meningkat naik berkat usaha sendiri. Limpah ruah rezekinya.

    BalasPadam
  4. Aiman tino ni bagus budak ni.. Semoga dilimpahi rezeki melimpah ruah

    BalasPadam
  5. Aiman tino ye.. kalau keluar lagu die anak2 bukan main lg

    BalasPadam
  6. Aiman tino ye.. kalau keluar lagu die anak2 bukan main lg

    BalasPadam
  7. Berikut adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan, membuat tahun anda berjaya dengan melawat perkhidmatan pinjaman christian christian di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dan mendapatkan pinjaman anda diluluskan dalam beberapa hari .. Adakah anda sedang mencari pinjaman ? Atau adakah anda telah menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami memberi pinjaman kepada syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Sila hubungi kami melalui e-mel hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com

    DATA PEMOHON:

        1) Nama Penuh:
        2) Negara:
        3) Alamat:
        4) Negara:
        5) Seks:
        6) Status Perkahwinan:
        7) Kerja:
        8) Nombor Telefon:
        9) Kedudukan di tempat kerja:
        10) Pendapatan bulanan:
        11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
        12) Tempoh Pinjaman:
        13) Pinjaman Faedah:
        14) Agama:
        15) Pernahkah anda memohon sebelum ini?
        16) Tarikh lahir;

    Terima kasih,
    Puan Christian

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0