Adiwiraku filem terbaik 2017

by - September 26, 2017

Nak berlakon ni bukanlah senang, shooting tu kadang-kadang sehari suntuk, nak kena hafal skrip lagi tu pun kalau sekali jalan, kalau kena shoot balik tu satu hal lah juga. So boleh tahan penat juga terlibat dengan rakaman sebuah movie ni. Tapi korang bayangkan eh, Cheryl bagitau kami yang movie ni hanya di rakam dalam masa dua bulan kat sekolah tu sendiri time cuti!

“Kami takde pergi kelas berlakon. Kami pergi audition dan seminggu selepas tu rakaman pun bermula. Ye, memang ada skrip ditulis untuk kami, tapi kebanyakan hanya melakonkan watak kami sendiri sebab ia berdasarkan kisah benar jadi kami hanya lakonkan balik apa yang terjadi sebelum ni.” – Irdina Tasnim, pelajar SMK Pinang Tunggal

Kalau untuk orang dewasa pun dah penat apetah lagi budak-budak sekolah ni. Memang jenuh, tapi para pelajar ni suka betul sewaktu rakaman dilakukan sampaikan mereka tukar cita-cita dari menjadi doktor dan peguam kepada pelakon.

Adiwiraku mengisahkan pengalaman beberapa pelajar dan juga Cheryl sebagai seorang bekas guru kat SMK Pinang Tunggal – sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Walaupun hampir semua pelajar memainkan watak mereka masing-masing kat dalam movie tu, Cheryl sendiri tak berlakon tapi telah dilakonkan oleh Sangeetha Krishnasamy.

Plot movie ni mengisahkan sebuah kejadian yang berlaku pada 2015 di mana ia telah mendapat perhatian dan ditampilkan sebagai sebuah artikel kat dalam website Says.com. Sejak dari tu, kisah Cheryl dan pelajar dia telah menjadi viral dan berjaya menangkap perhatian pembikin filem bebas, Jason Ong dan Eric Ong di mana mereka telah menghubungi Cheryl melalui Facebook.“

Saya ingatkan dia main-main masa dia kata tentang nak buat movie pasal kisah ni, tapi dia betul-betul nak. Saya agak khuatir sebab ni merupakan pengalaman peribadi, tapi saya berubah hati bila dapat tahu yang pelajar saya berpeluang untuk berlakon kat dalam movie ni dan akan dirakam kat Pinang Tunggal. Saya tahu ni akan jadi pengalaman yang bermanfaat kepada mereka.” – Cheryl

Pada hari pertandingan tu, nervous para pelajar tu jangan cakap lah! “Hidayah minta untuk balik sebelum pertandingan tu bermula, Zidane pula hampir menangis sebab dia yakin dia akan lupa ayat-ayat dia. Alif pula tak boleh duduk diam dan asyik berkata kepada saya bahawa dia sangat takut”. Nak tau macam mana persembahan mereka? Tengoklah sendiri…

Tak sangka filem ini dinobatkan sebagai filem terbaik 2017 festival filem Malaysia. Sentimen jalan cerita yang digarap membentuk aspek semangat seorang cikgu dalam mendidik pelajar menjadi insan yang berguna. Walaupun cerita ini dikritik pada mulanya kerana jalan cerita agak bosan.

You May Also Like

1 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0