Tak laku pun produk review blog

by - Jun 11, 2017

" Kenapa tak ramai pon yang whatsapp dan beli lepas awak buat review kat blog ? "

Satu soalan ditanya dan ianya adalah kebiasan yang aku terima selepas membuat review dan promosi di blog mahupun media sosial.

Hurm.. Aku tau.. mereka harapkan ada jualan selepas membuat review dan juga promosi di blog blog untuk mengembalikan modal mereka. tapi tak terfikirkah mereka , jika blogger berkemampuan begitu yakni dengan sekali promote di platform mereka.. lebih baik mereka keluarkan produk mereka sendiri dan jual ! Penat weh nak promote produk orang dan tengok orang tu kaya rayaaa ! Blogger, kais pagi makan pagi.. Jadi tikus makmal pun ye gak. Kena cuba setiap produk produk.. mempertaruhkan usus , buah pinggang untuk mencuba produk produk yang dikeluarkan dan kemudian mendapatkana kepercayaan rakan rakan followers untuk membelinya ! Fuhhhhh...

Aku tak kisah soal harga. Boleh bertolak ansur terutamanya usahawan kecik yang tidak bermodal besar. Tapi jika mereka beranggapan selepas aku buat review dan promote , produk mereka laris.. aku angkat tangan ! Aku rasa TV3 pon tak gitu.. Tengok la mereka promote drama mereka tu.. sekali je ke ?? Tengok la filem filem antarabangsa.. sekali je ke promote ? Kos promote camana lak  ?

Tugas aku ialah memperkenalkan produk disamping membuat review. Tu jer. Jika untuk 'menjual' , ianya pasti mengambil masa yang lama kerana pembaca pembaca blog aku bukanlah kanak kanak Rebina ! Mereka cukup bijak membuat penilaian sebelum membeli produk yang sesuai untuk mereka ditambah lagi dengan pelbagai isu isu berbangkit kebelakangan ni... mereka bertambah berhati hati !

Untuk mendapatkan kepercayaan pembaca , bukan tugas mudah ! Dan aku tak berminat untuk menipu mereka , sama sekali ! Kalau tak sesuai dengan aku , aku akan menolaknya.

You May Also Like

3 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0