Tingkatkan prestasi kerja

by - April 24, 2017

Kenapa prestasi pekerja statik?
Tiada perubahan, masih di takuk lama?

Sebagai pemilik bisnes pernah kah kita terfikir, kenapa prestasi pekerja kita masih tidak meningkat & berkembang?

Mereka masih berada di takuk lama, walaupun kita sudah memberikan latihan yang berkaitan terhadap pekerja tersebut.
.
.
Berdasarkan pengalaman kami, ini mungkin kerana pekerja tidak faham dengan jelas & menghayati visi, misi & nilai-nilai sesebuah syarikat itu.

Sebagai seorang pemilik bisnes atau pemimpin di syarikat, semestinya kita tahu kepentingan memberi motivasi & mendorong pekerja melalui kekuatan visi, misi & nila-nilai syarikat.

Pekerja mestilah tahu dan jelas akan matlamat & halatuju syarikat, supaya mereka dapat berkerja lebih bersungguh ke arah itu.
.
.
Visi, misi, objektif & nilai sesebuah syarikat atau bisnes itu mestilah dapat dihayati & dikongsi bersama dengan pekerja.

Ini penting supaya pekerja dapat merasakan yang mereka adalah sebahagian dari syarikat.

Mereka dapa merasakan kejayaan syarikat adalah kejayaan mereka juga.

Apabila pekerja dapat merasakan yang mereka adalah sebahagian dari syarikat, tahap komitmen dan produktiviti mereka turut sama meningkat.
.
.
Berlawanan pula dengan pekerja yang tidak merasakan diri mereka sebahagian dari syarikat, tahap komitmen mereka akan menurun atau biasa-biasa saja,

Mereka cenderung untuk memikirkan kepentingan diri mereka.

Oleh itu, mereka hanya sekadar melakukan kerja-kerja yang disuruh atau sekadar yang ada dalam skop kerja mereka saja, tiada inisiatif untuk membangunkan diri & syarikat.
.
.
Jadi adalah sangat penting visi & misi dapat difahami dan di hayati dengan jelas oleh setiap pekerja di dalam syarikat.

Sebarang perancangan dan strategi syarikat mestilah dipersetujui bersama oleh pekerja.

Namun, untuk melakukan semua ini, bukan perkara mudah.
Tambahan lagi kita masih baru dalam mengurus & memimpin syarikat ni.

Manusia ni sifatnya unik, sudah semestinya setiap manusia memerlukan cara yang berbeza untuk ditangani.
.
.
Mahu kami bantu anda untuk meningkatkan komitmen & produktiviti pekerja anda?

Mahu kami bantu anda untuk bina pasukan pekerja yang bersemangat, berdedikasi dan bersungguh – sungguh bekerja untuk menyumbang kepada kejayaan syarikat anda?

Klik sini ---> http://bit.ly/2oMigiw

Klik sini ---> http://bit.ly/2oMigiw

Klik sini ---> http://bit.ly/2oMigiw

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0