Buat duit dengan blog

by - Disember 25, 2016

Lepas berita Revasia ambil alih 3 buah blog tempatan pada harga RM2.5 juta, maka ramai mula nampak $$$ dengan blog.

Saya nampak peluang buat duit dengan blog sejak 2009 lagi.

Masa tu zaman Redmummy tengah top. Saya mula dengan blogspot kemudian blog ke-2 dan seterusnya dengan WordPress self-hosted.

Ada bermacam cara orang boleh buat duit dengan blog.

1. Affiliate - sejak 2009 sampai 2013 satu sen pun saya tak dapat dari blog. Seolah blog sekadar syok sendiri. Sampailah tahun 2014 saya berjaya menjana RM1,000 pertama melalui program affiliate (blog sbg medium pemasaran).

2. Sponsored Post - Saya tak berpengalaman menjana duit dari blog melalui Sponsored Post. Tapi saya kenal seorang full time blogger yang menjana $3 - $4k sebulan dari sponsored post. Orang bayar ± $70 per artikel. Woha!

3. AdSense - Sejak 2015 Google dah terima permohonan daripada blog berbahasa Melayu untuk program AdSense mereka.

AdSense antara program pengiklanan paling dipercayai kesemua media online.

Sejak 2009 saya menulis blog dah bermacam program pengiklanan saya join & follow. Antaranya Nuffnang, Advertlets, Innity, Komli & AdSense.

Yang bertahan & paling masyukk (dibayar USD) mestilah produk Google iaitu AdSense.

(Gambar di bawah adalah milik Shoemoney - dia tunjuk check AdSense yang dia terima lebih $100k USD).

Kalau berminat nak belajar (recomended utk blogger) macam mana nak buat duit dengan AdSense step by step, saya syorkan utk grab Panduan Google AdSense di sini > https://goo.gl/dHpF76

Ada 10 modul dalam ebook tu. Anda boleh belajar dari mula sampai berjaya cash out $100 USD pertama dari AdSense.

Good luck!

Oh ya, buat duit dengan blog bukan kerja 1-2 bulan. Kita bukan menjual produk boleh nampak instant result. Orang yang sabar & ada passion je boleh tahan dunia blogging ni.

p/s: semoga anda terus sukses dan berjaya dalam dunia blog tempuhi dengan sabar. Insyallah rezeki itu luas. Tawakal banyak-banyak mana tau rezeki anda pulak nanti.

You May Also Like

5 comments

  1. خدمات مؤسسة نقل اثاث بجدة بأساليب أمنة
    إن فوز أي مؤسسة نقل اثاث بجدة يجب أن تتمتع بكل المحددات والقواعد والالتزامات والعوامل التي من شأنها النفوذ على عملية النقل ويعتبر هذا نهتم بشروط فوز عملية نقل العفش التي تتمثل في ظل متخصصون ومتخصصين وعمالة مدربة وفنيين شركة نقل عفش
    شركة نقل عفش من الرياض الى الدمام
    شركة نقل اثاث من الرياض الى الدمام
    شركة نقل عفش ببريدة

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0