Kejadian supermoon 18 tahun sekali

by - November 14, 2016

Kejadian supermoon yang dikatakan berlaku selama 18 tahun sekali cukup menarik perhatian semua pihak.

Namun, Ustaz Syaari Abdul Rahman memberikan satu kupasan menarik mengenai supermoon ini. Katanya, jika kita seorang yang beriman, sepatutnya kita tanyakan diri kita, 'Apa yang Allah mahu kita tengok daripada kejadian ini?'

Sebagai orang beriman, seharusnya kejadian ini bukan hanya sekadar dilihat sebagai satu fenomena, tetapi kejadian ini merupakan satu wake up call kepada kita. Jika kita melihat hanya sekadar sebuah fenomena yang mengkagumkan, hanya sekadar rasa 'wow', selepas kejadian itu, tidak memberi impak kepada kita. Jika kita melihat ini adalah sebuah peringatan buat kita, kita akan menginsafi bahawa ini adalah salah sebuah tanda dunia akan mengalami kehancuran; yang mana bulan terbelah (berdasarkan sirah 1400 tahun dahulu) menunjukkan kiamat kian hampir.

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
Telah datang saat itu (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah. [QS Al-Qamar: 1]

Bayangkan bulan berkata, "Aku mengeluarkan cahaya pada jam 7:24 malam hingga 9:52 malam (mengikut tempat), menunjukkan bahawa aku adalah hamba yang taat dan patuh pada arahan Allah. Macam mana pula dengan kamu wahai manusia?"

Semoga kita tergolong dalam kalangan yang bukan sahaja melihat fenomena ini sebagai fenomena biasa di dunia, tetapi menginsafi bahawa kejadian ini merupakan betapa hampirnya kiamat dengan kita. Wallahu'alam.

You May Also Like

3 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0