IMPIKAN UNTUK UBAH DUNIA

by - Mei 31, 2016


Ada seorang pemuda berjiwa besar. Dia mengimpikan untuk mengubah dunia. Namun, semakin dewasa dan bijak, dia mula menyedari bahawa dunia tidak boleh diubah. Maka, dia pun berazam untuk mengubah negaranya sahaja.


Beberapa waktupun berlalu. Dia mula sedar bahawa negara sukar dan tidak dapat diubah. Dengan baki usianya yang makin lanjut, dia cuba mengubah keluarganya. Namun, tiada seorang pun yang mahu berubah.


Kini dia hanya mampu terlantar di katil sambil menunggu ajal.


"Kalaulah aku mengubah diriku dahulu. Dengan itu aku akan menjadi teladan kepada keluargaku untuk berubah. Daripada inspirasi serta galakan mereka, aku mungkin mampu menjadikan negaraku lebih baik. Dan siapa tahu, aku mungkin boleh mengubah dunia"


"Ya Allah, semoga kesakitan yang aku rasakan, di hujungnya membahagiakan. Kepenatan berakhir dengan kerehatan. Dan cita-cita dan impianku terlaksana. Hanya Engkau sebaik-baik penolong"

(Muhammad Mitwali Al-Sha'rawi)

Credit to: Siti Khadijah Halil

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0