TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG

by - Disember 26, 2015


1. Beri ilmu atau ingatan tentang fardu ain.
Ketika mengandung timbul perasaan tentang fardu ain di benak perasaan isteri. Bayangkan jika isteri merujuk suami. Namun suami tidak dapat merungkaikan permasaalahan tersebut. Jesteru seharusnya ilmu fardu ain perlu di ambil tahu dan difahami sebelum berkahwin lagi. Dalam hal tadi jika suami tidak tahu wajib wujud orang alim.

2. Ajak berbincang
Selain perbincangan selain persiapan anak. Suami juga perlu ajak isteri untuk berbincang persiapan suami isteri tersebut. Antara aktiviti yang wajib untuk isteri ialah membaca al-quran atau mengelakkan daripada berlaku pergaduhan, rungutan dan lenteran di rumah. Jika berlaku pasangan perlu mengingatkan pasangan masing-masing. Jadikan ini amalan tetap di rumah walaupun isteri sudah bersalin.

3. Doa dan solat hajat.
Suami yang romantik ialah suami yang merendahkan diri di hadapan Allah untuk memohon kesejahteraan isterinya. Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan isteri bersusah payah sepanjang mengandung ketika berjuang dalam bilik bersalin. Buat solat hajat untuk isteri insyallah doa suami pada isteri akan dimakbulkan. 

4. Beri peluang berehat
ketika trimester pertama kebiasaanya isteri mengalami 'morning sickness' isteri akan keletihan akibat muntah dan kurang selera makan. Ketika ini suami perlu memahami keadaan isteri. Jangan memaksa isteri untuk buat itu ini. Bantu isteri untuk menyelesaikan tugasan rumah yang tidak mampu dilakukan oleh isteri seorang diri. Sekali-sekala urut isteri sambil memberikan semangat dan ucap terima kasih atas mengandungkan khalifah anda bersama.

5. Cuba penuhi permintaan
Tidak salah penuhi permintaan steri yang teringin untuk memakan sesuatu yang lain daripada kebiasaannya. asalkan ia halal dan masih dalam kemampuan suami. Tiada salahnya memberikan yang terbaik kepada isteri kerana makanan tersebut juga akan membantu pembentukan janin. Maksud yang terbaik itu ialah makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk isteri dan anak.

6. Sediakan keperluan
Sejurus selepas mengetahui isteri mengandung beli barang keperluan isteri dan anak secara berperingkat. Elakkan pembaziran dengan membuat senarai semak terlebih dahulu> Jadikan ini sebagai momen indah anda dan pasangan keluar bersama sebelum menjadi ibu dan ayah.

7. Suami serba tahu
Jadilah suami yang berilmu sekalipun dalam hal yang biasanya diketahui wanita. Misalnya apakah tanda-tanda ingin bersalin, bagaimana cara memandikan anak, menyediakn makanan untuk isteri berpantang atau ilmu-ilmu berkaitan penyusuan ibu.

8. Temani isteri untuk pemeriksaan berkala
Pemeriksaan kesihatan penting untuk ibu mengandung. Temani isteri terutamanya jika ia kali pertama disahkan mengandung dan ketika isteri sudah sarat. Apabila suami benar-benar sibuk atau isteri sudah biasa dengan pemeriksaan tersebut, setidaknya tanya perkembangan kesihatan ibu dan anak supaya isteri tahu suami sentiasa ambil berat tentang dirinya.

9. Rasa menyayangi
Fitrah manusia ingin disayangi. Isteri pasti suka jika disayangi suami apatah lagi ketika sedang mengandung dan sering kelihatan. Bagi suami yang sibuk bekerja hubungi isteri melalui telefon, watsup dan lain-lain. Mungkin sekadang menhantar icon senyum atau rindu sebenarnya boleh membuatkan isteri menguntum senyuman.

10. Gembirakan isteri
isteri yang mengandung biasanya lebih emosi ia mudah tersentuh. Sedih yang keterlualuan tidak baik untuk ibu kerana boleh memberikan kesan buruk kepada kandungan. Suami perlu memahami perasaan isteri sebelum bertindak melulu atau setidaknya elakkan daripada menyebabkan isteri bersedih dengan sikap suami.

You May Also Like

1 comments

  1. As an insect control company in Jeddah put insecticides working to get rid of dementia in a very short time and make the house clean and not by any small or large insects
    ارخص شركة مكافحة حشرات

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0