SUAMI ISTERI ITU AMANAH

by - Disember 01, 2015



Kita sangka suami atau isteri kepunyaan kita. Hakikatnya mereka bukan kita punya. Mereka Allah pinjamkan buat kita. Amanah untuk dicintai dan dipimpin atau diikuti untuk ke syurga Allah.

Sebab kita terlalu sayang katanya. Tetapi kita lupa yang meletakkan sayang dalam hati kita ialah Allah. Sehingga kita lupa tuhan yang memberi sayang. Tiada tuhan melainkan Allah. Hakikatnya dia sayang kita lebih dari apa yang kita tahu. Allah sayang kita.

Kita mahu pasangan kita mengikut cara hidup kita. Sebenarnya cara hidup yang berjaya dan bahagia ialah cara hidup Nabi saw. Itulah bahagia. Perkara selain dari itu kita bertolak ansur.

Kita inginkan bahagia. Kita buat pelbagai perkara tetapi terlupa Allah letak bahagia bila bawa perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

Cinta ialah memberi bukan menuntut. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita tak dapat mencerminkan apa yang kita enggan beri..berlumba beri khidmat kerana Allah dan bukan harapkan balasan dari pasangan pun.

Syukur rahsia bahagia dalam sebuah rumahtangga. Tanpa syukur segalanya hilang. Jangan lihat apa yang kita ada. Tapi lihat siapa yang beri semua ini..kenapa di beri.

Menarik rahmat Allah. Rahmat, ketenangan, bersama kita bila jaga solat awal waktu. Lelaki berjemaah. Baca Al -Quran, zikir, tahajud sama-sama, buat Talim rumah.
Bersama-sama berjuang di jalan Allah. Bila letak cinta pada membangunkan Islam. Melihat mata pasangan pun memberi erti berbeza. Memegang jari pun mmberi makna. Itulah cinta keranaNya.

Saling berdoa diwaktu malam dengan air mata buat pasangan. Itulah akhirnya di dunia tapi permulaan kehidupan syurga selamanya.

You May Also Like

4 comments

  1. Benar. Dan itu bukalah semudah kita hanya berkata sanggup...:(

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0