SUAMI KENA SABAR

by - April 29, 2015

Suami kena bersabar dan terus bersabar. Namun jangan sampai isteri pijak kepala suami pula. Mungkin anda pernah dengar orang lelaki berkata, "Aku tak pahamlah perempuan ni!"atau "Perempuan sangat complicated!" Hal ini disebabkan, wanita yang pada mulanya ceria tetapi tiba-tiba boleh bertukar moody. Tidak ada ribut terus merajuk, bengang dan sebagainya. Sebenarnya, kaum hawa bukanlah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang diluahkan oleh wanita bersebab. Hanya kadang-kala susah untuk mereka meluahkan dengan kata-kata. 

Berikut di bawah ini, 7 perkara yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi sebagai suami anda perlulah memahaminya. 

1. Isteri perlukan kasih sayang 

Kaum hawa segan hendak cakap walaupun pada suaminya sendiri bahawa dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda ambil peduli dengan apa yang berlaku disekelilingnya. 

2. Isteri bosan 

Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari dalam setahun perkara yang sama dilakukannya. Buatlah kejutan atau sesuatu yangspecial untuknya. Mungkin ada satu hari, si isteri bangun sahaja dari tidur, sarapan telah pun disiapkan dan baju telah dijemur, pasti senyuman akan terukir di bibirnya. 

3. Isteri ingin dipuji 

Wanita mana yang tidak rasa happy bila dipuji? Selepas semua pengorbanannya untuk keluarga dan anak, isteri anda yang dahulunya cantik berseri, semakin hari semakin penat dan tidak bermaya wajahnya. Pujilah dia atas jasa yang telah dia lakukan. 

Ada juga kes si isteri tukar fashion rambutnya semata-mata untuk memberi kelainan pada suami tersayang. Bila suami pulang dari tempat kerja, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan perubahan yang si isteri lakukan. Wahai kaum Adam, alertlah. Walaupun perkara itu kecil, ianya sangat bermakna buat isteri anda. 

4. Isteri cemburu 

Ini memang tidak dapat dielakkan. Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti mahupun ibu anda. Si isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata dan di hati anda. Dia ingin rasa dialah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi, jagalah kata-kata anda. Janganlah menguris hatinya. 

5. Isteri ingin suami menjadi ketua agama 

Si isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik, dia perlukan teguran yang membina. Lagi-lagi kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri lagi lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut. 

6. Sebenarnya isteri tidak suka membebel 

Mesti ramai kaum Adam yang tertawa bila baca point ini bukan? Hakikat! Bahawa si isteri tidak gemar untuk membebel kepada anda, tetapi adakalanya anda membuatkan si isteri tidak senang hati bila tidak membebel. Contoh, anda pasti sudah biasa duduk rumah bujang, salin baju tinggal sahaja di lantai, nanti-nanti kemaslah bila ada waktu lapang. Ataupun selesai makan terus letak sahaja pinggan mangkuk di singki sampai kering sisa makanan. 

Wahai para suami diluar sana, anda telah berumah tangga, perlulah mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami. Isteri anda sudah penat kemas rumah, pastikan rumah kelihatan bersih dan tersusun. Benda paling kecil anda boleh tolong ialah senangkanlah sedikit kerjanya. Baju letaklah ke dalam laundry basket, pinggan lepas makan si isteri tidak minta pun basuh semua, hanya basuh yang part anda pun sudah cukup bagus untuk isteri. 

7. Isteri hanya inginkan keluarga stabil dan bahagia bersama suami tercinta 

Bila si isteri setuju untuk mengahwini anda, mereka bukanlah ingatkan perkara ini main-main seperti masa kita kecil dahulu main pondok-pondok. Si isteri memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Anda sebagai suami haruslah bekerjasama dengan isteri anda untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia. 

You May Also Like

5 comments

  1. Yeah..btol, tp sbgai isteri kita kena btolak ansur jg sbenarnya...ye dok

    BalasPadam
  2. nike free run pas cher Êtes-vous ah, nike free run pas cher ah bon intelligent. jeu pas cher pour aller tête à sortir de ce nike free run pas cher grand lit, souriant, en regardant comment vous avez dit ici. Je dis à ma Chaussures Nike running factory store mère nike free run pas cher ici pour vendre des brochettes, http://www.nikefreerunspascher.fr en regardant autour pour voir ce que vous cherchez pour elle.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0