ANDAI HATIKU BERSUARA

by - September 24, 2014



Imejnya yang lasak seakan-akan tidak kena dengan lagu popularnya Andai Hatiku Bersuara yang berkonsep balada.

Justeru, tidak hairan apabila Noorzafirah Mohd Faizal atau Chomel, 22, sering menerima cercaan daripada beberapa pihak yang tidak senang dengan penampilan yang kelihatan seperti ‘tomboy’. 

Chomel mengakui tertekan dengan perkara ini, namun meminta semua pihak memberinya peluang untuk berubah secara perlahan-lahan.

“Pada awal kemunculan, imej saya ranggi habis kerana cuba buat imej tersendiri. Bagaimanapun, saya sudah mula buat perubahan sedikit demi sedikit di mana saya sudah berambut panjang.

“Perubahan yang berlaku pun di atas kesedaran sendiri bukan paksaan daripada sesiapa. Saya sedar penampilan saya jadi percakapan orang kerana tak kena dengan lagu yang berkonsep mendayu,” katanya.

Mendapat nama daripada panggilan diberikan kakak saudaranya, Chomel berkata, ada peminat menghinanya kerana menganggap dia cuba merosakkan masyarakat.

“Sangat pedih apabila ada yang tergamak kata imej saya macam lelaki. Saya memang nak berubah tapi kena ambil masa,” katanya.

Nama Chomel mula menjadi sebutan apabila lagu Andai Hatiku Bersuara yang dimuat naik di YouTube mendapat tontotan hampir 1.2 juta. Bermula dari situ, dia terus mencipta populariti sehingga ditawarkan merakamkan semula lagu itu.

“Ketika berusia 16 tahun, saya hanya bermain gitar di bawah blok kediaman
di Singapura. Tujuannya ha­nya untuk suka-suka. Saya menyanyikan lagu Andai Hatiku Bersuara ciptaan Rya Rahman.

“Tanpa disangka se­orang kawan masukkan lagu ini dalam YouTube dan menerima respons yang sangat baik daripada pendengar. Mereka kata saya ada aura dan penghayatan tersendiri apabila menyanyikan lagu ini.

“Kebetulan pula lirik­nya memang mendalam dengan orang yang mendengar secara tak langsung mereka meminati lagu ini.

“Asalnya lagu ini diminati remaja, tapi sekarang semua golongan suka mendengarnya,” katanya.

Chomel berkata, dia terkejut apabila dirinya popular mendadak kerana mengakui tidak tahu medium YouTube.

“Saya memang tak ambil tahu mengenai teknologi Internet dan hanya tahu main gitar dan menyanyi. Tak sangka hasil nyanyian saya diterima baik pendengar.

“Dari situ saya terus giat cipta lagu seperti Rahsia Cinta, Sandaran Di Hati, Adakah Kerna Dia dan banyak lagi yang dimuatkan di YouTube.

“Selepas itu saya tubuhkan fanpage di Facebook yang diikuti oleh 165,000 peminat.

“Memang awal-awal lagi orang dah cakap macam-macam mengenai saya, tapi itu membakar semangat untuk terus berjaya,” katanya yang menerima gelaran Artis Singapura Paling Popular di YouTube.

Chomel turut gembira kerana single keduanya Adakah Kerna Dia kini mencatat tontonan lebih 400,000 peminat di YouTube.

“Alhamdulillah dengan apa yang dikecapi sekarang. Tawaran untuk buat persembahan pun banyak saya dapat. Lagu Andai Hatiku Bersuara pula kekal diminati dan masih bertahan menduduki tempat ketiga carta radio Ria Singapura,” katanya.
— feeling happy.


You May Also Like

9 comments

  1. Suka dengar lagu dia. Suara dia lembut :)

    BalasPadam
  2. moga dia berubah perlahan2. ingatkan lelaki td. andai hatiku bersuara =)

    BalasPadam
  3. http://www.kaymieyarahman726.com/

    jika sudi jadi pengikut saya...
    terima kasih...

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0