malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

by - Ogos 30, 2014

Selamat Hari Merdeka ke-57

Sempena 57 tahun kita mengecapi hari kemerdekaan ini kita harus berbangga menjadi rakyat malaysia. Tidak kira apa sukarnya malaysia menangani masalah darisegi ekonomi, pertanian dan automotif. Saya berbangga dengan lahirnya sebuah kereta produk jenama malaysia sendiri iaitu proton. Bermula produk saga 1985 hinggalah kini proton tidak pernah jemu melahirkan idea baru.

Rakyat Malaysia sekarang sudah hebat banyak produk malaysia telah sampai ke luar negara contohnya petronas telah berjaya menjadi minyak petrol yang terbaik dan menembusi pasaran dunia. Keuntungan petronas telah sedikit sebanyak mempengarugi perkembangan negara.

Walaupun saya tahu ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Malaysia tahun ini merupakan tahun yang paling banyak meninggalkan kesan pada rakyat malaysia terutama kehilangan mh370 dan kemalangan mh17 pesawat malaysia airlines tetapi ia merupakan memori silam yang akan di ingati sampai bila-bila.

Dengan teknologi terkini seperti iphone, tab dan lain-lain ini memberi sedikit sebanyak timbul kesedaran para blogger terutama orang malaysia sendiri bersaing secara sihat. Pada hari ini kita tengok teknologi memberi peranan besar contohnya manusia kini mendapat maklumat hanya di hujung jari sahaja.

Sebagai rakyat malaysia kita harus berbangga menjadi rakyat malaysia. Jadilah manusia yang mempunyai sifat cintakan pada negara berwibawa dan sanggup berkorban untuk negara. Kita haruslah memberi peranan untuk mengekalkan negara dengan keamanan dan kemakmuran,

Saya bangga menjadi rakyat malaysia ini kerana saya bebas dari taklukan british. Malaysia juga merupakan negara yang aman. Rakyat malaysia juga mempunyai semangat cinta pada negara. Sebab itulah tema tahun ini di sini lahirnya sebuah cinta.

- tulis entri bertajuk "malaysia di sini lahirnya sebuah cinta"
- tampal banner denaihati di blog anda ambil di sini
- letakkan backlink sekurang-kurangnya 1 ke denaihati.com
- sila kirim url di sini
- anda mungkin berpeluang dapat RM100 TARIKH TUTUP 11.59pm 31 Ogos 2014

You May Also Like

3 comments

  1. di sini lahirnya sebuah cinta.. tema tahu ini sunggu deep.. buat kita fikir apa makna kemerdekaan yang sebenar

    merdeka merdeka merdeka

    BalasPadam
  2. Wah, patutlah sedap saja baca. Rupa-rupanya untuk pertandingan ya. Selamat menyambut kemerdekaan Mizi. Selamat berjaya juga.

    BalasPadam
  3. billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.

    BalasPadam

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0