Facebook Bantu Kuruskan Badan?

by - Jun 24, 2012


Kaji selidik yang telah dijalankan baru-baru ini menunjukkan rangkaian sosial, Facebook ternyata menjadi salah satu faktor bagi seseorang itu untuk berdiet.
Ini kerana ramai yang bersemangat dan tekad untuk berdiet semata-mata untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik untuk dimuat naik dan dikongsi bersama rakan-rakan pengguna lain.
Kajian itu telah dijalankan oleh Fitbit, San Francisco, merupakan sebuah syarikat yang prihatin terhadap pembangunan kesedaran kesihatan.
Menurut kaji selidik itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna Facebook yang menggunakan medium itu untuk menyiarkan gambar-gambar mereka.
Antara gambar-gambar yang sering dimuat naik adalah seperti gambar peribadi, gambar bersama rakan-rakan serta gambar percutian.
Justeru, ia membuatkan seseorang untuk nampak tampan mahupun cantik di dalam gambar yang dimuat naik.
Selain itu, ada juga di antara mereka yang berasa kurang selesa apabila gambar percutian yang mempunyai bentuk badan yang tidak ideal telah dimuat naik untuk tontonan umum.
Lantas, ada di antara mereka yang tekad serta bermotivasi untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebelum percutian seterusnya.
Pada masa yang sama, kaji selidik yang dilakukan itu turut mendapati satu dari tiga orang pengguna Facebook telah ‘untagged’ gambar-gambar mereka yang menampakkan bonjolan lemak serta bentuk badan yang tidak menarik.
Malah, kajian turut mendapati hanya 14 peratus sahaja orang yang berdiet atas sebab-sebab kesedaran kesihatan.
Nampaknya, pesanan khidmat masyarakat serta iklan kesedaran kesihatan tidak membantu mereka untuk menurunkan berat badan sebaliknya Facebook berjaya menjadi medium terpenting bagi membimbing golongan sebegini.

You May Also Like

0 comments

google.com, pub-9992573824785365, DIRECT, f08c47fec0942fa0